Kawan aku cakap kalau sayang gile kat orang tu, kita kena korbankan rasa ego dan cuba berbaik semula dengan orang tu. Ada betul jugak, kalau asyik fikir ego dan suka menidakkan perasaan sendiri memang makan diri sendiri pun.

Kawan aku cakap masa boleh buatkan kita lupa orang pernah kita sayang. Tapi rasanya masa tak pernah melunturkan ingatan kita terhadap kisah-kisah lalu. Macam dah terpahat kukuh.

Kawan aku cakap cinta pertama memang sukar dilupakan. Dulu aku senyum je sebab aku tak penah ada dalam keadaan tersebut. Sekarang aku tak mampu senyum lagi.

Kawan aku cakap kalau kecewa, carilah pengganti. Bukan semudah itu, soal hati dan perasaan  sangat sukar. Tak perlulah jika bakal mengecewakan orang lain dan tak perlu jika hati bakal kecewa lagi.

Kawan aku cakap setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin kita akan jumpa orang yang lebih baik. Ya back to qada' n qadar adalah cara terbaik untuk positifkan keadaan.

Kawan aku cakap kalau dah jodoh, tetap akan bersatu. Yup tapi semua tu sangat menyiksakan.

**entry jiwang le pulak pagi-pagi buta ni...aisey...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative