Kau orang semua jadikan aku tak normal

Dalam keadaan yang tak normal segala benda yang normal akan menjadi tidak normal.

tak taw la apa kaitan pic ni ngan entry. tapi bila tak normal harus menitik jugak air matakan especially bila hati sakit ataupun teringat someting yang tak patut. pic from google image..:)

Situasi 1: Ada orang lebihkan orang lain daripada sudut tertentu seperti kurang pedulikan kita ataupun terlepas pandang kita sebagai orang yang penting. Dalam keadaan normal lantak la peduli apa aku, ikut suka korang la nak macam mana pun. Buang karen je aku nak amik kisah. Tapi dalam keadaan tak normal, sakitnya hati aku. Mentang-mentang aku tak keje gaji besar, hidup menumpang, aku selalu dilupakan.

Situasi 2: Bercakap-cakap pasal kerjaya dengan kawan-kawan atau orang lain. Kawan atau orang tersebut macam menyalahkan kita sebab tak pandai nak hidup atas kaki sendiri. Dalam keadaan normal, tak apa la itu pendapat korang, aku hormat setiap pendapat orang sebab tak semua orang boleh meletakkan diri kat tempat orang lain. Dalam keadaan tak normal, takpe-takpe, aku sedar sape aku, tak layak keluar pun dengan korang, tak layak bercampur dengan korang.

Situasi 3: Semasa memandu kereta, tetiba ada kereta menyelit-nyelit ataupun terlalu lambat ataupun tak sabar-sabar nak potong kita. Dalam keadaan normal, bagi je la ruang dah ko nak pegi sangat pegi je la dulu. Dalam keadaan tak normal, bodoh punya kete tak taw undang-undang ke. Eksiden nanti padan muka ko. Siap nak hon panjang-panjang lagi kat kereta tu.

Banyak lagi situasi menjadikan manusia normal sebagai tidak normal. Tu antara contoh yang ada yang mampu aku taip sekarang. Kemalasan nak berfikir dan menaip situasi yang lain.

Apa pun yang berlaku kita harus sentiasa mempositifkan balik otak. Jangan terpengaruh dengan keadaan sekeliling kita yang tidak sihat, yang mengelirukan dan mempunyai banyak kesan negatif.

Mulut oranglah senjata paling menyakitkan, so silalah beri perhatian untuk menidakkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya terkeluar.

Please jangan buat aku jadi tak normal hokey....

Comments

dieya said…
semakin kau fikir ke arah negative semakin tak normal la kau sebagai manusia kat muka bumi ni. pedulikan mereka semua. asalkan tanggungjawab kau dah tunaikan itu dah ok

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing