Sebelum ni aku guna ATM kad yang biasa je kaler biru tu.

kad ATM BSN ni la asalnya yang digunakan. tapi tak taw apa kes tetiba cip dia tak boleh dibaca. hurm terpaksa la tukakan dengan yang baru.
Tapi tak tahulah sejak habis belajar dah jarang guna, tiba-tiba nak guna cip dia dah tak boleh dibaca.

Nak tak nak kena la tukar sebab nanti susah segala urusan. Nak beli pin number pun susah. So pergilah BSN buat kad ATM yang baru. Kena charge RM12, ditolak dari akaun bank.

Ni kad ATM BSN aku yang baru
kad ATM BSN yang baru. memang cantik dan menawan warnanya dari yang dulu punya. tapi  tetap bermasalah jugak...haiyak
Tapi masalah baru pula timbul bila tidak semua ATM dapat baca cip tu. Aku ingatkan cip dia rosak semula walaupun baru tukar. Tapi bila try kat ATM lain boleh pulak. Sesetengah ATM dapat baca, sesetengah tak dapat baca. Aku pun konpius kenapa macam tu. Tak de masa pulak nak tanya kat cawangan BSN terdekat kenapa macam tu.

Ingat nak daftar mybsn, tak jadi la pulak sebab ATM terdekat tak dapat nak baca cip. Hadoi....

Entry yang berkaitan:
Jom daftar myBSN (1)
Jom daftar myBSN(2)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative