Teringat semula peristiwa yang menyakitkan hati:

Teringat bila mak cik yang tak tahu erti susah dan tidak cuba memahami keadaan orang, mulut tak ada insurans langsung. Cakap ikut sedap dia je tanpa memikirkan natijah dari apa yang diucapkan iaitu hati orang lain telah tercalar.

Kenapa ye mak cik macam tu? 


Sebab mak cik tak pernah rasa apa orang lain rasa. 


Sebab anak-anak mak cik semuanya berjaya. 


Sebab mak cik punya nama dikalangan kawan-kawan. 


Sebab mak cik tak pernah melihat dengan mata hati mak cik. 


Banyak alasan lain lagi.

Tapi..... Mak cik kena ingat....

kenapa manusia tu terlalu selesa bila berada di atas, sampai hilang rasa hormat dan lupa orang di bawah. kehidupan yang sepatutnya dikongsi bersama bukan dipersoalkan.
Sekali mak cik dah kat bawah baru mak cik tahu macam mana perasaan orang yang mak cik pernah lukakan dengan ayat power mak cik dulu.

Kepada mak cik berkenaan, aku dah hilang sedikit rasa hormat kat dia sebab bagi aku orang macam tu tak layak dihormati sepenuhnya. Kira baiklah tu kan aku still terpaksa hormatkan dia sebagai orang yang lebih tua dari aku.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative