Fakta menarik mengenai air

  • Seperti semua sedia maklum, 80% daripada bumi dilitupi oleh air atau ais. Hanya sekitar 20% merupakan daratan yang kita manusia duduki ni la.

  • Fakta berikutnya 97% daripada air yang ada pula merupakan air masin, 2% lagi ialah ais dan 1%  lagi merupakan air biasa yang digunakan untuk keperluan kita semua.

  • Tahu tak tubuh orang dewasa mengandungi kira-kira 40 liter ataupun 10 gelen air. Wow.... termasuk aku ke?

  • Next fakta, tubuh badan lelaki mengandungi sekitar 60%-65% air berbanding wanita sekitar 50%-60% air. 

  • Dan bagi aku yang menarik, sekitar 75% otak manusia mengandungi air. Subhanallah...

  • Sebenarnya, jaringan otot manusia mengandungi sejumlah air yang banyak manakala jaringan lemak manusia hampir tidak mengandungi air. Lelaki lebih cenderung mempunyai otot sebagai sebahagian berat badan mereka jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai lebih lemak. Patut la..:)

  • Kita akan kehilangan 2.5 sehingga 3 liter air setiap hari melalui proses semulajadi seperti bernafas dan berpeluh. Sekiranya kita bersenam atau tinggal di kawasan beriklim lembab (Malaysia la tu), kita akan kehilangan lebih banyak air lagi. 

  • Terdapat kajian yang menyatakan bahawa air dapat menguruskan badan. Mungkin ada kebenarannya sebab air tidak mengandungi kalori dan gula tetapi mampu mengurangkan rasa lapar. Air juga membantu membersihkan tubuh dari sisa. Tapi janganlah diet air sampai menyeksa badan lak.^_^


Betapa pentingnya air kepada manusia, tetapi kita tak sedar bahawa sumber air kita terhad sebenarnya. So kurangkanlah pencemaran air serta pembaziran air. Sebabnya kita memang memerlukan air dalam meneruskan kelangsungan hidup.

air itu amat penting kepada manusia. manusia je yang macam tak pernah sedar dengan kepentingan air di dalam kehidupan seharian. mungkin suatu hari bila sumber air betul2 dah tak ada, manusia akan menyesal... suatu hari itu, kesal macam mana sekalipun dah tiada makna..:( pic di cilok dr mr google images

Comments

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing