Dipaksa minum jus stoking(Arkib kosmo)

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.
Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.
Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.
Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.
"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah
"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.
**************************************
Air stoking? Berapa banyak kuman, bakteria ada dalam tu. Sistem imunisasi setiap manusia tidak sama. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan mengambil remeh perkara-perkara seperti ini. 
Takziah kepada keluarga mangsa...
**Sebenarnya berita ni dah lama... Aku yang tersalah faham dan kurang peka dengan penerangan kawan aku yang memberi link. Sepatutnya aku tengok betul-betul. Moral of story yang aku dapat ari ni ialah jangan terburu-buru dan perlu lebih peka supaya aku tak memberi maklumat yang salah kepada orang serta memalukan pihak lain. Sory semua... 

Comments

noorae said…
erk?! jus what??? stoking?!!! =/
cik aisha said…
yup..jus stoking.xpenah dibuat minum haih.
cikji said…
yucks..sungguh zalim orang itu !
just stoking,huuu
macam takde otak je org yg suruh tu..!! isk geram!
cik aisha said…
geram...da lama menda ni,maybe skang dah ubah modul kot..harap2 mcm 2 la.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing