Semenjak dua menjak ni rajin mengusha rumah sewa dekat mudah.my. Jalan-jalan cuci mata tengok harga rumah sewa yang terkini. Berbanding dengan tahun lepas, harga yang diletakkan oleh tuan rumah boleh tahan tinggi.

Dah la harga sewa tinggi, sesetengah tuan rumah mengambil kesempatan meletakkan deposit 1+1+(air dan elektri). Dan ada yang meletakkan sewa 1+2+(air dan elektrik). Air dan elektrik pulak ada yang counting deposit sampai RM200++. Mok cik kayo haih.

hak penyewa dan tuan rumah sepatutnya sama-sama penting. tuan rumah tak boleh pentingkan diri, penyewa pun tak boleh pentingkan diri. tuan rumah dan penyewa seharusnya saling jujur. pic from:google image


Penting ke deposit tu sebenarnya?

Memang deposit penting untuk melindungi hak tuan rumah sekiranya penyewa tidak membayar sewa dan lesap macam tu je dan juga jika terdapt kerosakan yang disebabkan oleh penyewa. Deposit air dan elektrik juga penting sekiranya penyewa lesap dan terdapat bil yang tertunggak.

Tapi.....

Tuan rumah sekarang macam nak ambil kesempatan je. Bukan sekadar melindungi hak mereka tetapi bila diamati senario sekarang, tuan rumah mengambil kesempatan ke atas penyewa.

Aku tak pasti jika terdapat akta or undang-undang berkaitan penyewaan rumah. Tetapi pandangan aku, sekiranya penyewa keluar dari rumah dengan cara baik dan keadaan rumah elok, deposit haruslah dipulangkan kepada penyewa. Dan begitu juga deposit air dan elektrik, jika terdapat baki setelah ditolak bil, haruslah dipulangkan. Kebanyakan tuan rumah sekarang claim deposit air dan elektrik kepunyaan mereka dan tidak perlu dipulangkan. Ye ke macam tu?

Satu lagi, masa tengah usha-usha ternampak ada tuan rumah memasukkan deposit pindah bersih. Apakah itu? Beban baru untuk penyewa ke? Tujuan deposit tu untuk apa? Untuk bersihkan rumah sebelum dan selepas diduduki ke? Apa yang aku tahu memang menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan rumah clear sebelum diduduki penyewa baru.

Pengalaman aku sendiri sebelum ni, masuk rumah terpaksa bersihkan sendiri je. Penyewa sebelum ni tinggal macam-macam benda. Tapi aku tak nak berkira sangat. Pastu janji nak pulangkan deposit air dan elektrik pun tinggal janji. Padahal selama ni bil air dan elektrik aku memang free. Tak pe lah, dia buat dia tanggunglah. Kalau dia rasa halal sendiri mau ingatlah.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative