Tercabar betul dengan kerenah budak-budak di zaman sekarang, zaman moden la katakan. Bukan macam zaman aku jadi budak dulu, totally different larh.


kalau zaman dulu2 budak2 main pondok2, main keja2, main baling selipar la, budak2 sekarang dah tak layan la semua tu. diaorang kecik2 dah main games kat laptop, kecik2 dah celik it.

Budak zaman sekarang advance terlampau. Kecik-kecik dah reti declare-declare neh. Zaman dulu pun ada tapi tak la macam sekarang. Sekarang teknologi dah hebat, ada handphone, ada internet. Anytime boleh mesej, colling2, email, chat dan macam-macam lagi lah yang sama waktu dengannya.

Dah tak terlarang dan tak terkawal jadinya. Makin dibantah makin buat ada lagi la. Tak pun tunjuk protes tanda tak suka dengan teguran orang. Ada yang lari dari rumah le, ada yang commit suicide lah. Adoyai memang terlampau diaorang ni.

Sebab tu sejak dari kecik budak-budak ni perlu diberi pendedahan yang cukup untuk menghadapi dunia yang serba serbi mencabar. Perlu diajar supaya boleh menerima pendapat orang yang lebih dewasa. Perlu diajar menghormati orang lain. Jangan dimanjakan berlebihan sampaikan nak apa pun dapat.

Masalah besar bakal timbul dikemudian hari apabila sesuatu yang dikehendaki masa tu dia tak dapat sebab sejak kecik da terbiasa dapat semua dia nak. Dan sejak kecik segala kemahuan dia dituruti. Tak ke haru nanti?

Nak tak nak kita terpaksa survive dengan dunia yang semakin berubah. Mengajar dan mendidik anak-anak mengikut zaman. Tapi apapun yang terbaik pendidikan agama patut diutamakan dalam proses diaorang membesar. 

Diaorang bebudak zaman moden, so kita ibu or bapa zaman moden ataupun kakak-kakak zaman moden...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative