Assalamualaikum...

From my eyes:

1) Seorang lelaki yang suka menyepi diri bila menghadapi masalah. Membuatkan orang tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tidak mahu berbincang tetapi mendiamkan diri seolah-olah orang lain tak kisah dan tak de perasaan. Lelaki itu MEMANG DAYUS.

2) Lelaki yang berhutang dengan teman wanita sendiri tetapi tidak membayar hutang tersebut. Boleh buat muka selamba dan tak bersalah. Seolah-olah memang berniat tidak mahu membayar semula dan tidak pernah berbincang untuk menyetelkan hutang tersebut. Lelaki itu MEMANG DAYUS.

3) Mengambil kesempatan. Tak kisahlah menggatal or segi kewangan. Huh memang tak senonoh. Lelaki itu MEMANG DAYUS.

4) Suka berpura-pura sangat 'kasihan' untuk meraih simpati teman wanita. Eh tolong le. Lelaki itu MEMANG DAYUS.


From religious(ISLAM):Rujukan- Ustaz Zaharuddin

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Wahai kaum Adam (Lelaki) sedarlah dari kealpaan korang tuh. Wake up man!!!

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative