Assalamualaikum...

Setiap insan punya kekurangan dan kelebihan. Itulah uniknya setiap manusia yang ada dimuka bumi ini. Cuma sebagai manusia biasa kadang kala kita seperti tidak bersyukur pada pandangan kasarnya. Lumrahlah kita sentiasa ingin yang terbaik, sentiasa ingin menjadi yang terbaik, sentiasa ingin lebih menyerlah. Ya sentiasa berusaha menjadi yang lebih terbaik setiap hari.

Persoalannya berjayakah kita menjadi apa yang diri kita inginkan. Walaupun setelah berusaha berhempas pulas selalu berlaku hasilnya tidak seperti yang kita inginkan. Pada masa yang salah kita mula menyalahkan takdir. Mula berhenti berharap, mula bosan dengan apa yang dilakukan, mula berfikiran negatif. Seolah-olah tiada lagi peluang untuk menikmati kehidupan yang diingini.

Orang disekeliling mula memandang serong, membanding-bandingkan dengan kejayaan orang lain. Orang yang rapat mula dirasai tidak memahami. Semua seolah-olah menyalahkan diri kita yang tidak reti untuk merebut peluang hidup. Mungkin mereka juga terkena tempias dari orang sekeliling, malu punyai saudara yang  tidak reti untuk merebut peluang hidup. Atau pun terasa kita beban yang terpaksa mereka pikul?

Huh pedulikan semua itu. Diri kau sentiasa berfikir terlalu jauh. Kau terlalu cuba menjadi yang terbaik, tetapi kau juga selalu gagal. Kau sedar kau perlu kuat. Kau kena kuat, kau wajib kuat dan tabah. Kau tidak mampu membuktikan apa-apa sekarang, tapi aku percaya kau tetap mempunyai nilainya. Kau terlalu unik berbanding diri yang lain. Kau pedulikan sahaja apa yang berlaku.

Orang-orang, letakkan diri kamu di tempat orang lain. Cuba berfikir dari tempat orang tersebut. Ya mungkin orang itu tidak sehebat kamu, sebijak kamu, sehandal kamu - seperti kamu fikirkan. Kalau semua orang seperti diri kamu dan kamu fikirkan, apa lagi kelainan yang ada? Kosong.....

Berhenti daripada menyakiti hati sendiri dan hati orang lain.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative