Rindu dengan meoww...

Tetiba rasa rindunya kat kucing. Bestnye kalau dapat bela kucing. Tapi kat umah ni memang mustahil la nak bela kucing.
anak2 bulus kena kurung lam bakul kat uma sewa lama...rindu krg...

Sedih bila teringat kucing kat umah lama. Niat hati nak bawak dok sekali ngan aku hanya tinggal niat-niat yang tak kesampaian. Apa ceritalah kucing tu sekarang. Tah hidup, tah mati. Agak-agak dia ingat aku lagi ke tak.
ntah hidup ntah mati dak2 n mak dak ni..:(

Dekat enam bulan gak aku berkesempatan bermanja dengan kucing tu. Walaupun dia seekor kucing terbiar, tapi aku tak kisah. Dia pun makhluk Allah SWT yang menumpang kasih, nenumpang kesenangan manusia. Apa sangatlah kalau kita tolong jaga, bagi makan, bagi kasih sayang kat dia. Kucingkan haiwan kesayangan Rasulullah saw.

Senakal manapun kucing tu, dia takde dosa macam kita manusia ni. Kalau dia mencuripun tak berdosa. Yang berdosa kita ni yang dok pukul-pukul kucing tu. Aku pun bukan baik sangat, kadang-kadang bila bengang aku balun je jugak kucing. Tapi bajet-bajet ah, tak payah nak melampau sangat. Tetap sayang kucing sebab dari kecik aku suka kucing.

Rindu sangat dengan semua kucing-kucing yang pernah aku bela, aku jaga, aku buli. Setiap kucing yang aku bela punya kisah dan keistimewaan tersendiri.

Very da best kalau dapat sekor kucing je untuk jadikan teman aku...wuu rindu meoww..

Comments

C'Jai said…
akak pun dolu2 banyak kucing belaan...kucing2 terbiar datang merempat kat rumah asal2nya...

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing