Kalau semua orang pandai....

Assalamualaikum...

Korang boleh bayangkan tak kalau semua orang kat dunia ni sama je tahap kepandaian dia. Tahap berfikir dia sama. Senang cite semua sama la tahap ilmu dan pemikiran dia. Agak-agak aman tak dunia macam tu.

Kalau semua orang pandai, nak keje best-best je, apa akan jadi dengan dunia ni. Sape yang nak buat keje yang biasa-biasa. Keje tukang sapu, cuci toilet,berniaga kecil-kecilan, sape yang nak buat semua tu?

Kalau semua orang pandai takpe jugak kot tapi kalau yang pandai tapi tak biasa nak buat keje yang biasa-biasa macam mana? Kita manusia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik tapi kadang-kadang walaupun kita dah berusaha bersungguh-sungguh, kita tetap tak mendapat hasil setimpal.

Teringat cakap lecture aku masa diploma dulu. Kadang-kadang kita dah berusaha bersungguh-sungguh, tapi tu bukan rezeki kita. Macam belajar la, ada yang dah pulun bersungguh-sungguh study tapi bila exam tetap gagal. Sedangkan ada yang study main-main je pun dah boleh lulus, cemerlang lagi. Tapi tu tak bermakna kita gagal, cuma bukan rezeki. So janganlah tension sangat.

Aku tak faham orang tak dapat memahami konsep ini. Nak samakan semua orang dan juga nak comparekan dengan keadaan orang lain. Setiap orang tu unik.... Ada kekurangan dan kelebihan sendiri. Alhamdulillah aku bersyukur kepadaNya kerana aku diberikan perasaan untuk peka dengan perasaan orang lain walaupun tidak sepenuhnya. Aku pun manusia biasa.

Walau setinggi mana pun pangkat korang, sepandai mana pun korang, sebagus mana pun korang, siapalah korang untuk menilai orang lain, siapalah korang untuk memahami keadaan orang lain. Kita tetap manusia biasa.

Comments

C'Jai said…
siapa pu kita atau siapa pun mereka..memang tak layak untuk menilai dan dinilai...penilaian manusia belum tentu adil... dan kalau kita mengharapkan penilaian manusia kita akan lelah..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing