Assalamualaikum..

Dengan rasminya hari ini shoubox dibuang daripada blog. Semalam tak sempat nak buang, cuma sempat add shoutmix aje.
gud bye shoutbox..;(

Nampaknya orang pertama yang rasmikan ishoutmix yang baru ialah saudara Farid...
welcome shoutmix..;)

Niat di hati nak daftar dengan chatbox aje kalau tak jumpa yang seakan-akan shoutbox. Jalan-jalan kat blog orang ada yang bagi testimoni pasal ishoutmix ni. Lagi pun tengok ramai jugak yang dah bertukar dan memilih ishoutmix berbanding chatbox.

Seperti yang sedia maklum, ramai blogger kurang senang dengan chatbox sebab function dia yang tak mesra. Setiap kali pergi blog orang nak tinggal jejak terpaksa taip nama, url, mesej. Memang leceh...

Tapi function ishoutmix ni lebih kurang shoutbox gak, nama dan url tu still ada selagi tak clear browsing. So itu memudahkan kita dan orang lain nak tinggal jejak. Sape2 nak daftar dengan ishoutmix tekan sini---ishoutmix

Aku: Biarlah ishoutmix ni kekal free tak macam shoutbox.
Assalamualaikum....

Selamat pagi semua. Semoga semuanya ceria di pagi hari, senyum hujung minggu ni cuti extra sehari lagi sempena hari natalkan. So mesti ada yang ambil kesempatan berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Aku pun akan bercuti panjang bersama family sehingga tahun depan. Cuti Christmas bersambung dengan cuti tahun baru. Tapi Selasa nanti baru start segala aktiviti. Sekarang ni berjalan la dekat-dekat sini dulu.

Sepatutnya hari ni balik kampung kalau ikut agendanya. Tetapi ada perkara penting yang perlu diuruskan so tundalah tarikh nak baliknya.

Takpe biar lambat asal selamat. Nak kuar gi jenjalan dulu, sebelum tu jenguk blog dulu. Kalau sempat BW kejap pun jadilah.

Salam berhujung minggu untuk semua.

Assalamualaikum....

Dalam gambar kat atas tu kucing bapak saudara aku. Muka gengster gila mamat sekor ni. Haha agak gengster la jugak, tapi kadang-kadang berhati bunga-bunga dalam taman gak.

Rekod kejahatan paling hebat pernah menggigit kaki opah aku sampai opah aku tak boleh jalan berminggu-minggu (tapi opah aku tetap sayang dia). Kejahatan kecil-kecilan mencalar balarkan tangan aku, membenamkan gigi dia yang besar tu kat tangan aku. Pastu aku sekeh dia lari. Har3

Okey la, aku selalu la stalk kat blog-blog di bawah bila ada kelapangan dan bila rindu kat kucing. So kepada yang suka kucing jom jenguk blog-blog ni:

1) http://kucing2terbiar.blogspot.com/
Ni blog Papa Meow.. Ramai kucing-kucing Papa Meow ni. Kebanyakan kucing beliau bela adalah berasal daripada kucing jalanan/terbiar. Tapi dah gemuk dan comel dibawah jagaan PM ni...

2) http://kakimotong.blogspot.com/
Blog ni kepunyaan Papa Hero. PH la yang telah menjaga seekor kucing yang dipotong kedua-dua tangannya iaitu Hero ataupun Iyo. PH pun bela ramai gak kucing-kucing lain yang asalnya kucing terbiar selain Hero. Selalu ikut perkembangan Iyo dan yang lain kat Kaki Motong fanpages.

3) http://leenacute.blogspot.com/
Pemilik blog dikenali sebagai Sunyi Sepi. Kak SS ni pun bela ramai kucing yang asalnya kucing terbiar. Suka duka dia bersama kucing-kucing diterbit menjadi entry. Beliau seorang wanita yang tabah.(dah lama tak update entry)

Bukan tertumpu kat kucing je, kat haiwan lain pun. Sedikit sebanyak bila baca blog berkaitan haiwan ni memberi aku pengetahuan yang tak pernah aku tahu sebelum ni berkaitan haiwan-haiwan terutama kucing.

Aku: Jangan benci  kucing sampai sanggup aniayai mereka.
Assalamualaikum...


Bila tengok ranking alexa aku, memang teruk rasanya. Aku pun tak berapa nak faham pasal alexa ni. Tak pe kita join dulu sambil-sambil memahamkan diri.

Sesiapa yang berminat nak join silalah klik banner di atas tu. Nak tahu lebih lanjut mengenai segmen ni pun silalah klik banner di atas. 

Tarikh tutup penyertaan  1 january 2012
Assalamualaikum...

Taubat merupakan jalan penyelesaian kepada kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Oleh itu kita hendaklah bertaubat segera kepada Allah atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Dan tidak diterima taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan sehingga apabila tiba ajalnya maka barulah dia berkta, "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang". Dan tidak diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah kami sediakan seksaan yang pedih.~Surah Al-Imran, ayat 18~

Allah maha pengampun dan penyayang, sentiasa menerima taubat hambanya yang menyedari dan menyesali kesalahan yang telah dilakukan.

Taubat yang diterima oleh Allah ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang disertakan dengan beberapa syarat iaitu:
  • Menyesal di atas kesalahan yang telah dilakukan.
  • Mencemuh diri kerana melakukan kesalahan itu
  • Memohon maaf daripada orang yang terlibat atau mengganti kerugiannya jika kesalahan itu berhubung dengan orang lain.
  • Memohon keampunan daripada Allah di atas kesalahan itu.
  • Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
  • Terus meninggalkan kejahatan dan mengamal kebajikan sebagai ganti.
Allah tidak akan menerima taubat orang yang sengaja melakukan kesalahan dan menunggu saat-saat hampir mati baru hendak bertaubat.

Wallahualam...

Aku: Ni adalah nota subjek Pendidikan Islam masa sekolah dulu. 
Assalamualaikum dan selamat pagi...

I've learned ... ..
To endure suffering,
To hide pain and to laugh with tears in his eyes ....
Only to show the other,
that I'm "good" is and to make them happy ...

Aku: Kadang-kadang terpaksa bersikap hipokrit demi menjaga, memuaskan hati serta menggembirakan hati orang lain. Kadang-kadang terpaksa melukakan hati seseorang untuk menjaga hati orang lain.
Assalamualaikum...

Dengan perkataan je orang boleh terpikat dengan si pemikat. Macam orang cakap, ayat mesti mau power. Power sangat sampai cair hati si pendengarnya.

Saya ada disini
Berada disisi orang yang disayangi disaat mereka memerlukan dan memberi kata-kata semangat adalah perkara yang penting. Sentiasa menyatakan serta mengingatkan mereka kita sentiasa ada bersama mereka tidak kira apa sekalipun yang berlaku.

Saya Rindu Awak
Dengan mengucapkan perkataan ini kemungkinan hubungan boleh diselamatkan dan diperkukuhkan sekiranya pasangan jujur dalam mengucapkan Saya Rindu Awak. Perkataan ini mampu membuatkan pasangan rasa mereka diperlukan dan disayangi.

Saya Hormati Awak
Menghormati adalah salah satu cara lain untuk menunjukkan kasih sayang dan rasa cinta. Rasa saling menghormati akan membuat pasangan bertambah yakin sesama sendiri dan rasa dipercayai.

Mungkin awak Betul
Perkataan ini sangat sesuai diucapkan ketika pergaduhan atau perselisihan pendapat. Dengan mengucapkan perkataan ini, sedikit sebanyak menunjukkan rasa rendah hati kita untuk mengakui 'mungkin saya salah'.

Tolong Maafkan Saya
Banyak hubungan yang terputus dapat diselamatkan serta dipulihkan jika manusia mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf. Semua manusia tidak sempurna dan jangan merasa malu untuk mengakuinya serta meminta maaf. Campakkan ego kita ke tepi.

Terima Kasih Awak
Penghargaan adalah cara yang sangat berbudi bahasa. Menghargai kebaikan orang lain dengan ucapan terima kasih adalah sesuatu yang sangat penting dilakukan. Tak rugi apapun berterima kasih kat orang.

Biar Saya Tolong
Menawarkan pertolongan bila orang yang kita sayangi memerlukan pertolongan yang boleh kita bantu. Tak payah la nak tunggu diaorang yang bukak mulut mintak dibantu baru terhegeh2 nak tolong.

Saya Faham Awak
Sifat manusia akan rasa lebih rapat dan dekat sekiranya merasa orang lain menerima dan memahami  mereka. Memahami pasangan adalah cara terbaik untuk memenangi hati mereka, kalau boleh fahamilah sekecil-kecil hal pun berkaitan mereka.

Saya Cintakan Awak
Tiga perkataan paling hebat untuk seseorang yang sangat istimewa ialah SAYA CINTAKAN AWAK. Sentiasalah ucapkan rasa cinta supaya mereka tahu diri mereka dicintai setulus hati. Tapi jangan sengaja nak ucapkan kalau tak maksudkan pulak.

Aku: Ayat je power tapi sebenarnya hampeh tak guna gak. Buang karen aje.


Assalamualaikum...

Semalam lagi nak join tapi tak free. So dah free ni terus buat entry ni. Berjaya gak menjoinkan diri-lama tak join benda-benda macam ni.

Kepada yang berminat nak join bolehlah klik banner kat atas tu. Jom join beramai-ramai jom...:)

Aku dengan ini meng'tag'  Dieya dan Cik Nurul...

p/s: Blog Nad memang dah ada dalam bloglist...;p
Assalamualaikum...

Bentuk badan wanita ada banyak jenis dan ianya pelbagai. Tetapi secara umum terdapat lima jenis bentuk badan yang selalu dipadankan dengan wanita. Ni bercakap pasal bentuk badan sukalah lelaki ye. Okeylah lima bentuk badan tersebut ialah:

Bentuk Jam Pasir (Hourglass)
Ini dianggap sebagai bentuk badan yang sempurna. Ukuran dada dan pinggul adalah hampir sama dan ukuran dipinggang lebih kecil. Bentuk hourglass yang sempurna di mana perbezaan antara pinggang dan dada serta pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya 9". Ni macam bentuk duyung tu kot..


Bentuk Pear
Jika terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara pinggul dan dada tetapi hampir tidak ada perbezaan di antara dada dan pinggang, itulah bentuk pear. Pinggul selalunya dua inci atau lebih besar daripada dada serta pinggang adalah kurang daripada 9.25" lebih kecil daripada dada. Ni lak macam kerengga kot, ke kerengga tu bentuk hourglass, konpius lak.


Bentuk Pembaris
Hampir tidak ada perbezaan dari segi ukuran pinggang, dada dan pinggul. Pinggang 9" lebih kecil daripada dada. Ini orang selalu cakap badan straight dan takde cutting. 


Bentuk Kon
Kebiasaanya dada dan pinggang adalah sama tetapi pinggul sekurang-kurangnya sembilan inci lebih kecil daripada dada. Ukuran standard, dada 3.6" atau lebih besar daripada pinggul dan pinggang kurang daripada 9" lebih kecil daripada dada.



Bentuk Epal
Ukuran pinggang seperti lebih besar berbanding ukuran pinggul dan dada.

Hehee pasni pakat-pakat cari pita pengukur la..ukur mana satu jenis badan korang.

Aku: Bentuk badan aku? Mana boleh bagitahu..Rahsia..:)
Assalamualaikum...

Kata-kata Hikmah:

Jika kamu cintakan seseorang, biarkan dia pegi... Jika dia kembali kepada kamu, dia adalah milik kamu. Jika tidak, dia tidak ditakdirkan menjadi milikmu.
Tak semua orang boleh terima hakikat cinta itu bukan miliknya. Ada yang separuh mati berusaha mendapatkan cinta yang sah-sah bukan miliknya. Ada yang sepanjang hayat hidup bersama kenangan cinta yang tidak akan menjadi miliknya.

Ada yang terus berharap cinta itu akan kembali kepadanya semula. Menunggu dan terus menunggu sesuatu yang tiada kepastian.

Ada orang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang tersayang, manakala ada orang yang tamak dan tidak mahu kehilangan orang yang tersayang sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal termasuk memaksa orang mencintai mereka walaupun secara paksa.

Aku: Kadang-kadang cinta kepada manusia membuatkan orang hilang arah. Semuanya kerana cinta....
Assalamualaikum...

Jaga fikiran anda kerana ia mungkin menjadi kata-kata anda. 

Jaga kata-kata anda kerana ia mungkin menjadi tindakan anda. 

Jaga tindakan anda kerana ia mungkin menjadi tabiat anda. 

Jaga tabiat anda kerana ia mungkin menjadi watak anda. 

Jaga watak anda kerana ia mungkin menjadi kebiasaan anda.

Aku: Cuba jaga segalanya setakat yang termampu. 
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Ada sape-sape yang guna broandband celcom tak? Korang punya ada masalah macam aku ke tak? Semenjak dua menjak ni celcom kerap buat hal. Nak tukar broadband lain nanti terus tak dapat line lak, talian tetap lagilah tolak tepi buat masa ni.

Masalah utamanya slow gila broadband celcom sekarang ni. Dah la tu, menyakitkan hati betul bila pages dah cannot be display bila di refresh asyik keluar maklumat bil aje. Dalam hati sebuk ajelah haih. Macam orang tak bayar bil je. Nak back balik dah tak boleh lak tu. Grrr...



Slow pun slow la... Asal boleh jalan-jalan blog orang gak. Take time lebih sikit dari biasa pun takpe la.

Aku: Bukan blog walking dah tapi dah jadi blog rangkak..Hihi
Assalamualaikum....

Kakitangan kerajaan hari ni senyum meleret sampai telinga la, hari nikan gaji sekali dengan bonus. Gerenti penuh supermarket, hypermarket, kedai-kedai dengan orang hari ni, minggu ni.

Tapi biasalah duit, bagi le banyak mana pun kalau tak beringat memang cepat je susut. Duit ni kalau nak ikutkan memang tak pernah cukup. Ada je benda yang kena beli, ada je benda yang kena digantikan. Ada je yang rosak time-time gaji ni. Itu perkara biasalah kadang-kadang tu.

Ada yang amek kesemptan untuk belanja family makan, shopping beli apa-apa yang patut. Apapun  family tetap la menjadi keutamaan.

Tapi jangan lupa ye....simpan la duit bonus tu sikit buat simpanan di waktu terdesak kemudian hari. Belanja pun belanja gak tapi jangan la berhabis pulak. Ye dak...

Aku: Tumpang bonus orang aje... Haha
Assalamualaikum....

Hari ni sibuk keluar mencari rumah sewa lagi. Pagi-pagi dah keluar, lewat petang baru sampai rumah. Alang-alang keluar kira outing sekalilah dengan family. Balik singgah Tesco kejap.

Pergilah bahagian lotion, saje je belek-belek lotion kat situ. Tabiat suka membelek memang dah sebati nak buat macam manakan. Hajat kakak aku nak rembat satu lotion yang rasa berkenan. So aku belek ajelah kejenya.

Masa tengah belek lotion-lotion tu datang la seorang promoter ni, promote itu ini pasal lotion tu. Aku nak tak nak je dengar, aku bukan tak suka promoter tapi aku tak suka bila diganggu bila tak perlu. Rimas rasanya, pegang apa je mesti dia nak explain. Okey takpe biarlah dah kerja diakan.

Lagi dia membebel cakap lotion tu untuk hilangkan parut dan memutihkan dan apatah lagi. Dah lama-lama aku pun nak angkat kaki dari situ. Masa nak berlalu pergi tu, ayat dia buat aku terkesima.

"U punya kulit hitamlah"

Dalam hati aku minah ni nak cari gaduh ke apa. Spontan aku jawab, "dah kulit I memang macam tu". Terus buat muka dan pergi dari situ.

Tahulah kulit aku ni tak berapa nak cerah mana pun, tapi tak payah lah nak buat ayat sentap macam tu. Agak-agaklah kot ye pun, dah memang gitu warna kulitnya. Sabar wahai hati.

Aku: Lepas tu sengaja pegi bahagian tu lagi. Haha guess what? Dia tak berani dah nak promote. Macam lari-lari aje. Moral of story cakap silalah berlapik, orang tak suka jangan paksa, pilihan di tangan kita so jangan terpengaruh dengan promoter. Oke...^_*
Assalamualaikum....

Goreng pisang ke pisang goreng yang betul ni? Dua-dua pun betul tapi tengok kesesuaian ayat tu lah dengan apa yang kita maksudkan. Bukan apa kadang-kadang aku pun main cakap hentam kromo aje. Bila fikir balik, eh salahlah, teruknya Bahasa Melayu aku.

Ni berdasarkan kefahaman aku:
Goreng pisang-merujuk kepada perbuatan.
Contoh:Kak Mila sedang menggoreng pisang ketika saya pergi ke rumahnya.
Pisang goreng-menunjukkan bahawa pisang tersebut telah siap digoreng
Contoh: Pisang goreng sedap dimakan ketika masih panas kerana ianya lebih rangup.

Aku: Eh layak tak jadi cikgu Bahasa Melayu? Hahaa
Aku nak berkongsi cara yang aku guna untuk sembunyikan navigation bar. Kiranya tutorial buang/sorok navigation/navbar la ni. Bukan apa nanti aku sendiri lupa apa aku buat.
  • Kat Dashboard, klik Design, Pastu klik Edit HTML
  • Sebagai langkah berjaga2 boleh Download Full Template dulu.
  • Tick kat kotak Expand Widget Templates.
  • Lepas tu tekan Ctrl+F untuk mencari kod  /* Variable definitions
  • Dah jumpa kod kat atas silalah pastekan kod ini #navbar-iframe {display: none !important;} sebelum kod /* Variable definitions
  • Preview dulu dan kalau takde sebarang error, bolehlah tekan save
Sebagai panduan boleh rujuk gambar di bawah:


Aku: Kalau perasan aku dah buang navigation bar kat blog. Kenapa buang ye? Sebab ada keburukan nagivation yang kita tak sedar. Antaranya ialah siapa-siapa yang follow menerusi follow button kat navigation bar tu, kadang2 ianya tak berfungsi pun. Aku dah pernah terkena dulu, beria cakap kat orang dah follow tapi rupa2nya tak follow pun lagi. Haish.... Antara sebab lain ada rakan blogger yang cakap orang senang2 je boleh sabotaj blog kita dengan report blog kita.
Lirik lagu Ombak Rindu, nyanyian Hafiz dan Adira
**Download mp3  Lagu Ombak Rindu-4shared

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Aku: Best ke lagu ni? Simple sangat lagu ni pada pendapat aku. Mujur suara penyanyi sedap dan mantap kalau tak, tak best jugak rasanya.
Assalamualaikum...

Lama rasanya tak dapat jenguk blog dan sahabat-sahabat semua. Saya sudah kembali... Tapi penat yang teramat dari pagi drive, rehat kejap petang sambung drive lagi semalam, malam baru sampai umah. Aku bukan superwoman, memang bukan pun.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang di kampung dan semestinya banyak ketinggalan mengenai perkembangan blog sahabat-sahabat. Tarik nafas sat baru BW ke blog-blog orang.

Asal balik sebab ada urusan dengan pejabat tanah. Mana taknya dah sampai ketua kampung cari, suruh balik secepat mungkin. Tapi apa yang berlaku, rupa-rupanya tak ada kaitan langsung pun. Tanah tu dah bertukar hak milik, tapi tak tahulah macam mana depa ni buat kerja, tetiba sampai surat suruh amek geran baru tapi masih bawah nama mak aku. Tanah tu dah pindah milik kat kakak aku sebenarnya bulan 10 hari tu.

Tak tahu hujung pangkal (surat kat ketua kampung), ingatkan tanah tapak rumah so baliklah. Rupa-rupanya bukan, nak kata sia-sia tak boleh juga sebab ada hikmah jugakan. Dah lama pun tak balik kampung. So redha aje la walaupun mula-mula bengang jugak dalam hati.

Sebabnya dalam sistem depa tengok mula-mula masih nama mak aku tanah tu. So depa meragui tanah tu dah berpindah milik. Sedangkan aku yang pegang dan belek geran baru yang dah berpindah milik ke atas nama kakak aku tu. Siap dah bayar segala kos lagi. Konpius jugak tu kan.

Bila aku buat muka tak puas hati dan bising-bising, depa cuba semak sekali lagi. Ada la pulak maklumat bahawasanya tanah itu sudah bertukar hak milik. Takpe la manusia kan tak sempurna, asalkan permohonan maaf diucapkan aku pun takkan berkira sangat.

Aku: Kalau dah salah, minta maaf insyaallah sejuk hati orang nak marah balik pun. Tapi tak semua kot, ada yang jenis walau sudah diminta maaf tapi still masih tak puas hati. Takpe sekurang-kurangnya kita berani mengakui kesilapan kitakan.
Assalamualaikum....

Saat dan ketika ini aku dah selamat berada di kampung halaman. Tengah hari tadi sampainya. Kepenatan dan keseronokan dah tak tahu yang mana. Sape tak seronok balik kampung halaman kan, tempat dibesarkan.

Tak tahu lagi bila balik KL semula tapi kalau tak hari Rabu, hari Khamis la. Dan apa yang pasti kat kampung aku ni dapat EDGE (2.5) je paling tinggi kalau guna celcom la. Sape guna maxis rasanya 3G dapat sini.

Dan yang tak bestnya broadband register kat KL ni bila balik Perak dia selalu sangkut-sangkut dan susah teramat nak connect. Kalau sepupu aku punya broadband dia memang duduk area Perak gak, balik kampung boleh la guna gak dan laju jugaklah walaupun GPRS/EDGE.

Call customer careline celcom pun tak dapat selesaikan. Tak puas hati gak padahal dua-dua pun celcom, packages pun sama aje kalau tak salah aku.

Aku: Berjaya post entry ni pun dah hepy. Bukan senang nak connect broadband kat sini. Banyak benda kena selesaikan, rumah dah jadi rumah tinggal biasalah....#_@
Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang mengikuti kes blog budak gigi rabbit tu, yang gunakan identiti palsu untuk membuat blog tersebut dan kemudian membuat satu entry pendek yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat fanatik k-pop?

Aku tak nak ulas pasal kes tu, ianya dah jadi kes polis pun dan aku percaya pihak berwajib dah ambil langkah dan tindakan sewajarnya. 

Aku cuma terasa sangat terkilan bila membaca komen-komen kat entry tersebut. Ada komen yang ditinggalkan diselit dengan unsur islamic, siap keluarkan hadis dan hukum bagai, TETAPI ternoda dengan perkataan yang tak sopan dan tak sepatutnya ditulis oleh adik-adik sekalian. (tak cek pulak betul ke tak fakta2 mereka tulis tu)

BABI, BODOH, SIAL, FUCK, MIDDLE FINGER dan apa lagi tah perkataan yang tak sedap didengar ataupun tak sedap mata nak baca. Adik-adik macam ni ke bahasa kamu semua? Bahasa yang kasar dan dah hilang nilai adab sopan.

Seelok-eloknya bahasa kita kenalah jaga adik-adik sekalian. Jangan jadikan bahasa kesat dan kasar seperti itu sebagai bahasa seharian kita. Itu bukan budaya kita, bukan adat ketimuran kita. 

Kalau pun kat luar memang jenis berbahasa kasar seperti tu, kat komen berlapis la sikit bahasa jangan main lepas aje macam kita bercakap. Itu memberi tanggapan yang tak baik terhadap diri sendiri jugak.

Dengan kawan-kawan memanglah perkataan bodoh, bengong, ngek tu dah menjadi perkataan biasa yang membuat persahabatan bertambah mesra. Tapi secara umum rasanya tidak wajarlah begitu. Bukan nak suruh hipokrit tapi nak suruh jaga sopan santun aje.

Aku: Kadang-kadang kemarahan menyebabkan kita mengeluarkan bahasa yang agak kesat. Maklumlah hati tengah panas, geram, menyampah-semua cukuplah, pihak ketiga iaitu syaitan pun terhegeh2 join sekali, bersorak gembiralah dia bila kebaikan ditolak ke tepi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak jari jemari menaip buruk padahnya (peringatan untuk diri sendiri).
Assalamualaikum....

Sahabat ketawa dan sahabat air mata kedua-duanya berbeza tetapi tetap sahabat kita. Tak semua sahabat kita jenis sahabat air mata yakni boleh merasa setiap penderitaan dan kesusahan yang kita alami.

Kata-kata Al-Qamah kepada anaknya.... Sifat-sifat seorang sahabat yang soleh ialah...

  • bila engkau berbakti padanya, dia akan melindungimu
  • bila engkau perlukan pertolongan, dia akan membantumu
  • bila engkau melakukan kebaikan, dia akan menerimanya dengan baik
  • bila dia melihat kelemahanmu, dia akan menutupnya
  • bila engkau meminta daripadanya, dia akan cuba mengusahakannya
  • bila engkau berdiam diri ( malu untuk meminta ), dia akan bertanyakan kesusahanmu
  • bila datang suatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu
  • jika engkau merancang sesuatu, dia akan membantumu
  • jika engkau berselisih faham, dia akan mudah mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan
Aku: Tidak ada seorang manusiapun yang boleh menjadi sahabat yang sangat sempurna. Jangan mengjangka sesuatu yang tidak sepatutnya daripada sahabat kita kerana mereka juga insan biasa.
Assalamualaikum...

Ni kalau buat peraduan lari macam arnab dengan kura-kura pun best ni. Tapi kita ubah sikit Celcom Broadband punya speed vs Siput Sedut. Amacam mahu cuba jom kita buat case study sape lagi laju.

Dengan keadaan internet yang slow dan nyawa-nyawa ikan macam ni, yang nak masuk satu blog pun punya la azab nak tunggu dia loading habis, aku dengan ini mengumumkan pemenangnya ialah si siput sedut.

Ingatkan sebab nak masuk bil baru internet buat hal, tapi ari ni, 8hb dah bil baru pun makin teruk pulak speed dia. Ini sudah melampau wahai celcom. Kenapalah asyik buat hal je ni, penat taw.

Aku: Di hari Jumaat yang mulia ni, kena gigihkan hati supaya terus bersabar. Sabar....itu adalah ujian untuk diri.
Assalamualaikum...

Nak tahu apa rahsia disebalik warna kegemaran lelaki? Kat sini dihurai serba sedikit mengenai rahsia warna kegemaran lelaki. Macam biasa ianya tak harus salah dan tak semestinya betul.


Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning.Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang pelik bagi setengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Sumber: email

Entry yang berkaitan:
Warna dan emosi
Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Assalamualaikum....

Pepatah Bahasa Inggeris mengatakan Don't Judge a Book by Its Cover, pepatah Bahasa Melayu mengatakan Rambut Sama Hitam tapi Hati Lain-lain, Tak Kenal maka Tak Cinta. Ni kenapa tiba-tiba nak berpepatah pulak dah ni.  Haha maksud pepatah tu yang penting sebenarnya.

Ada orang mukanya memang jenis sombong, ada orang mukanya jenis manis, ada orang muka tak de perasaan.

Yang jenis muka sombong tu, terutama yang susah nak senyum sembarangan memang orang akan judge sebagai seorang yang sombong, sukar didekati dan ntah apa-apa lagi la.

Yang muka jenis manis tu, orang akan judge sebagai seorang yang happy go lucky, friendly, senang didekati dan yang baik-baik aje la.

Yang muka takde perasaan pulak orang akan judge dia ni jenis tak berkisah punya la. Buat je la apa kat dia mesti dia buka tak kisah dan tunjuk muka takde perasaan.

Tapi....itukan luaran semata-mata. Pinjam kata-kata Yui, senyum tak bermakna dia gembira, menangis tak bermakna dia sedih. Dalam keadaan tertentu ianya akan menjadi terbalik daripada apa yang ditunjukkan oleh muka.

Muka sombong tak semestinya hati pun sombong, muka baik tak semestinya hati pun baik, muka takde perasaan tak semestinya hati pun tak berperasaan.

Aku: Muka je nampak sombong, sikap je nampak macam sombong (tegas sebenarnya), tapi boleh menjadi sangat friendly bila kena masa dan tempat.*_@

**meroyan internet teramat bermasalah.nak BW  asyik this webpage is not available, penat merefresh berkali2. sabar-sabar.....
Assalamualaikum...

Hari tu login akaun facebook, nampak ada yang add. Klik kat profile dia, rasa macam tak kenal je. So biarlah dulu, tak buat apa-apa pun. Baru2 ni tiba-tiba dapat mesej daripada individu tersebut.

Mesejnya berbunyi:
مساء الخير ممكن نتعرف

Yang aku faham : مساء الخير  yang membawa maksud selamat petang. Basic arabic pun aku dah ingat2 lupa weh, kantoi.

Kenapalah ada mamat Arab sesat, mujur ada google translate jadi translatekan aje  la guna google. Mengikut google translate ianya membawa maksud Good evening possible to be introduced. Bahasa google translate biasa la agak tunggang langgang tapi sekurang2nya boleh tangkap apa yang dia nak katakan.

Aku: Gelakkan diri sendiri, perkataan simple pun boleh lupa, tetiba boleh hilang ingatan. Padahal tu bahasa al-Quran. Betullah kata pujangga, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.
Assalamualaikum....

Adoyai ada juga manusia yang buat kerja gila macam tu. Semalam on day way ke airport (LCCT) menerusi Putrajaya, adalah jalan yang gelap gelita tak nampak bayang. Kereta pulak semua berdesup laju nak ke destinasi masing-masing.

Nak dijadikan cerita, tetiba je terperasan seseorang sedang melintas jalan. Masyaallah menjerit aku dengan kakak aku terkejut dengan kehadiran manusia tu. Ye la gelap gelita, memang tak nampak pun objek apa  kat depan. Mujurlah manusia tu pakai baju warna oren, kalau pakai baju putih mahu pitam satu kereta kot. Tu pun betul-betul sebelah kereta baru perasan kelibat dia.

Mujur juga tak terbabas sebab terkejut dan mujur juga takde yang berpenyakit jantung. Apa kehalnye melintas jalan dalam gelap tataw la. At least bawalah lampu suluh ke, ni tak dengan slamber tak sayang nyawanya. Dah lampu sepanjang jalan tak menyala, bajet je orang nampak dia nak melintas.

Ni kalau kena langgar pun, memang akan dilanggar beramai-ramailah kot sebab orang bukan perasan pun objek yang dilanggar tu manusia. Banyakkan kes accident kena gilis sebab pemandu-pemandu lain tak perasan yang digilis tu manusia yang kemalangan.

Nauzubillah.....minta dijauhkan semua tu.

Aku: Lewat petang tadi pun ke LCCT hantar kawan kakak, masa balik hujan lebat la pulak, menyinggah dulu so lewatlah sampai rumah. Baru sempat online blog mata lak dah kuyu. Adeh...
Assalamualaikum...

Tersenyum-senyum bila baca keyword yang disearch oleh orang. Bolehkah arnab mandi? Ha sape nak jawab ni? Arnab boleh mandi ke idak sebenarnya.

Adik-adik sekalian arnab memang la tak mandi, sama macam meow2 jugak la, kita tuan dia lah yang akan tolong bagi mandi kalau arnab tu dah busuk or kotor.

Tapi jaga-jaga kuku arnab panjang woo, gigi dia pun tajam. Silap haribulan putus pulak jari kena gigit dengan rabbit. Kang tak pasal-pasal masuk paper muka depan lak dah.

Lagi satu kalau anak-anak rabbit yang masih kecil tu tak payah la nak mandikan diaorang, nanti mati kesejukan diaorang. Yang besar-besar tu pun kalau takde keperluan tak payah la susah-susah payah nak tolong mandikan diaorang. Kecuali diaorang dah kotor dan busuk gila.

Dah mandikan tu tolonglah keringkan diaorang sekali, diaorang ni bukan macam kucing kaki menjilat, cepat je kering bulu. So laplah dengan kain yang meresap air seperti tuala korang tu.

Tapi arnab import mungkin lebih sensitif, so jumpa la doktor haiwan untuk dapatkan jawapan, kang tak pasal2 mati kesejukan lak.

Aku: Moga terjawab persoalan adik-adik sekalian ye.*_*
Assalamualaikum...

Entry ni sesuai untuk yang dah berkahwin atau bakal berkahwin. Ala kalau tak kahwin lagipun apa salahnya ambil tahukan. Ini pengetahuan umum yang wajib semua ambil tahu. Lepas ni tak payah dok main tarik2 rambut or tudung ye, jumpa je kat court.... Kelas kau... Huhuu

Seksyen 36-memujuk lari perempuan bersuami
Mana-mana individu yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakankan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Seksyen 37- menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
Mana-mana individu yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Seksyen 38-menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan
Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua2nya.

Cara
Kemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda.

Sumber: Majalah Wanita

Aku: Sape2 yang berniat nak jadi pihak ketiga tu jaga-jaga, nanti tak pasal2 naik court. Sape2 yang rasa teraniayai dengan pihak ketiga tu, ini hak anda yang diperuntukkan oleh undang2, gunakan dengan sebaiknya. Orang ketiga tu tak semestinya kekasih suami or isteri, tetapi keluarga kedua2 pihak pun boleh menjadi orang ketiga.
Assalamualaikum...

Sekarang ni kan musim hujan, jadinya memang senang la terkena sakit seperti demam, selesema, sakit tekak tu. Aku sendiri pun dah ada simptom sakit tekak dan selesema ni angkara asyik bersejuk dan terkena hujan je di luar sana.

Perit je tekak, hidung lak dah berair-air, kepala dah pening-pening lalat, badan dah suam-suam kuku.... Petanda boleh terkena demam kalau tak diambil langkah mencegah. Antara tips untuk mengatasi sakit tekak, selesema dan demam yang diamalkan sejak dulu dan menunjukkan perubahan positif ialah:

  • Bancuh secawan teh, kemudian masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis ke dalam teh. Selain menyedapkan rasa teh, kulit kayu manis berfungsi untuk memanaskan badan kita. Jadi selesema dapat dihindarkan bila badan dah panas. Jangan letak banyak pulak ye kulit kayu manis tu.
  • Makan lebih banyak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren untuk menghindar terkena selesema. Aku tak gemar sangat buah oren, so sukalah gantikan dengan Scoot Emulsion perisa oren tu. Makan scoot bila rasa tak sihat je..huhuu teruk betol.
  • Beli 100 plus perisa original. Togok je sebotol besar tu seharian untuk menyejukkan badan dan menambah tenaga. Selalu kalau demam, insyaallah cepat je suhu badan normal balik. Kalau sakit tekak or sakit perut pun berkesan jugak 100 plus ni.
  • Bancuh air asam jawa, letaklah gula melaka or gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minum untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit kat tekak.
  • Rendam kembang semangkuk dan minum air tersebut untuk menyejukkan badan sekaligus mengelak daripada terkena demam.
  • Tambahan, lebihkan bawang putih dalam masakan sebab bawang putih mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
  • Tambahan lagi, ni Ira yang tambahkan, terlupa benda paling basic-banyakkan minum air masak ye dan jagalah kebersihan mulut korang. Nanti banyak lak bakteria berumah tangga kat dalam mulut tu..Huhuu
Aku: Tu antara cara alami yang aku amalkan bila terkena sakit tekak, selesema or demam di peringkat permulaan. Tak suka dengan ubat doktor sebab ubat tu kan ada dadah. Selagi boleh elak amek ubat doktor, memang akan cuba mengelak. 
Assalamualaikum...

Ada yang mengiyakan dan ada yang menggeleng kepala menidakkan tajuk entry ni. Sebab semua tu terpulang kepada empunya diri sebenarnya. Lain orang lainkan so tak payah nak bertekak soal betul dan salah.

Cinta pertama sukar dilupakan? Ramai yang cakap macam tu, dan setelah belajar memberi ruang kepada diri mencintai seseorang, aku mengiyakan juga. Tapi tak sepenuhnya sebab diri sendiri tak ada pengalaman cinta kedua dan seterusnya lagi. Cinta pertama pun dah lama berkubur begitu sahaja. Orang cakap, benda yang lepas jangan dikenang.

Tapi...kenangan itu automatik akan terkenang juga sebab si dia pernah bertakhta di hati. Cuma kenangan tersebut jangan dilayan dan sedarkan diri itu tinggal kenangan je. Kena berpijak di bumi yang nyata bukan hidup dengan kenangan. Walaupun dalam hati kadang2 masih berharap semoga cinta pertama tersebut menjadi cinta terakhir, tapi sedar diri itu tak mungkin terjadi.

Kesimpulannya, cinta pertama selagi tidak berakhir dengan hubungan yang sah tidak akan menjadi cinta terakhir. Sedangkan selepas berkahwin pun mungkin berpisah inikan pula baru bertatih di alam percintaan yang tidak sah.

Aku: Kadang-kadang kena gigih menidakkan kata hati. ^_*
Assalamualaikum...

Sangat penat setelah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Dari highway memasuki jalan Kajang - Semenyih sekitar pukul 7, terkejut tengok kereta yang banyak macam semut je. Semut bercahaya dari jauh.

Dalam hati kenapalah ni, takkan ada accident kot. Sebab selalu kalau jam mesti sebab ada accident ataupun kereta rosak. Tapi takde lah sampai seteruk tu jamnye. Ini memang tahap melampau, dua lorong bertukar menjadi lima lorong sebab ada kereta daripada susur termasuk aku di lorong ke empat.
Kualiti picture tak berapa jelas, hanphone cikai je...^_*...masuk gamba buat syarat je...;p
Rasa sangat tak secure berhimpit-himpit macam tu, terutama bila sebelah kita lori. Nak lari jauh-jauh tak boleh, nak tak nak tawakal je la. Attitude sesetengah manusia yang pentingkan diri tanpa memikirkan keselamatan orang pun membuat hati geram. Bukan senang aku nak tekan hon., tapi hari ni terpaksa. Walaupun cuaca sejuk, mendidih juga.

Dari kejauhan nampak lampu spot light kelip2, hati mula tertanya2 eh ada accident teruk ke kat depan. Dah sampai ke depan terperanjat bila tengok banjir kilat rupanya. Air naik mencecah paras betis, spot light amaran rupanya sebab traffic light kat situ langsung tak berfungsi dan kawasan tu gelap, ramai yang tak perasan banjir.

Patutlah semua penunggang motosikal berhenti beramai2 kat stesen minyak dan kawasan sekitar tepi jalan. Banjir rupanya. Alhamdulillah jalan masih boleh dilalui walaupun banjir kecuali bagi motosikal. Cuma dengar la enjin bunyi pelik sikit tadi, dah la baru servis.Huhuu

Aku: Tolonglah jangan pentingkan diri diwaktu kritikal. Macam tadi ada sebuah kereta tu banjir pun laju siot pecut, mencilok2 tanpa signal dan hampir melanggar orang yang menjaga (polis kot) kat tengah2 banjir tu. Orang lain pun penat, nak cepat juga, terperangkap juga.
Assalamualaikum....

Hujan kat Putrajaya dah renyai2. Daripada tadi lagi tak henti2 hujannya, hujan rahmat.... Sejuk sangat2, bahana tak cukup lemak, gigil kaki nak tekan pedal minyak pun. Melampaunya..... Haha. Sebenarnya tadi turun Kuala Lumpur, servis kereta.

Dari KL rushing ke Putrajaya sebab mak aku ada appointment dengan doktor kat Putrajaya pukul 3 petang. Bajet boleh sampai lewat cikit aje. Tapi sebaliknya pula yang berlaku, hujan lebat on da way dari KL tu. Bila hujan, maka traffik pun menjadi tak lancar. Temujanji di tunda ke hari lain sebab lewat sampai...Ngeh3...

Baru ingat nak drift sebab kereta baru servis, rasa best sikit berbanding sebelum servis. Nak drift apanya dah jem, kaki asyik tekan brek je la.  Hujan pula mengikut sampai Putrajaya. Drift dalam hujan=bahaya. Ala aku cakap je drift tapi takpun sebenarnya. Tak pernah lagi tekan minyak lebih daripada 130km/j.

Singgah Masjid Besi, wah musim orang nikah. Hari ni dengar2 lima pasangan bernikah kat masjid tu. Ye la Datuk Syed Muzaffar pun nikah kat situkan dulu. Oh ya masjid besi tu orang2 sekitar Putrajaya yang panggil, sebabnya kurang pasti tapi mungkin sebab struktur masjid ni banyak diperbuat daripada besi berbanding masjid lain kot. Nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Aku: Insyaallah nanti kalau ada masa terluang jejak semua akan dibalas. Sekarang pun curi2 taip entry, ada benda lain yang nak dibuat ni, drive balik. Line internet pun bertukar ke EDGE, mana 3Gnye..haish
Assalamualaikum...

Kenal tak kondom tu amenda? Kalau tak kenal pi search kat google (jangan search bukan2 ye). Aku setakat tengok kotak yang jual kat stesyen minyak or watson dan pernah la pegang kotak dia sebab dulu aku pernah kerja kat watson. Macam-macam la customer request.

Tak nak cerita experience kerja kat watson, nak story pasal kekecohan kelas Sains masa Tingkatan 3 dulu gara2 kondom ni la. Masa tu kat lab, belajar pasal cara mencegah kehamilan untuk lelaki dan wanita. Aha topik yang menjadi kesukaan sesetengah student sebab masa tu kan remaja lagi, jiwa nak tahu tu tinggi.

Apa yang kecohnya? Ada seorang classmate aku tanya kat cikgu Sains, macam mana nak pakai kondom lelaki tu? Oh no....soalan yang mencabar tu nak explain macam mana nak pakai kondom lak dah. Yang bertanya tu pula student perempuan, Chinese. Cikgu Sains kitaorang lelaki, Chinese gak.

Time tu terkawal lagi keadaan, jawapan cikgu sarungkan je la. Pastu soalan kedua lak keluar, nak sarung kat mana? After soalan kedua keluar, kecoh satu kelas tetambah budak2 lelaki. Semua senyum-senyum sinis. Aku yang tak tahu apa ni terpinga-pinga la juga. Cikgu Sains kitaorang? Serius weh, merah gila muka cikgu Sains aku tu (kesian cikgu aku ni).

Kesudahannya aku tak ingat la, tapi rasanya ada seorang classmate yang berbisik explain kat yang bertanya tu. Sekarang bila teringat balik, aku tersenyum sorang2 sebab kudusnya ketika tu.

Aku: Budak2 sekarang mesti tak naif macam tu dah kan.
Assalamualaikum....

Ada yang berniat nak permanently delete akaun facebook tak? Kalau ada meh sini nak ajar cara delete akaun facebook bagi yang tak tahu lagi tu. Senang je cuma klik, klik, klik isi apa yang patut, bye2 Facebook.

Nak delete, mula-mula pastikan korang dah login dulu Facebook. Lepas tu bolehlah klik kat link ni : Permanently Delete Facebook Account.

Akan muncul pages macam kat bawah ni...

Lepas tu akan keluar tab macam ni, isilah password korang, masukkan word verification pastu tekan OK

Dan akan muncul tab seperti dibawah, tekan je OK.

Kalau ada rasa penyesalan selepas delete tu, cepat-cepat la login semula dalam masa 14 hari. Kalau tak, buat la Facebook baru je. Delete ni tak sama macam deactivated ye.

Delete facebook pun buat tutorial ke? Haha apa salahnyakan......selalu orang deactivated je akaun.

Nak deactivate akaun facebook tekan sini----->Cara Deactivate Facebook

Kalau nak delete akaun twitter lak tekan sini----->Cara Deactivate Twitter


****************************************
31 Julai 2016 (updated)

Untuk pengguna menerusi mobile (phone) sila klik link ini--------> Delete Facebook Melalui Mobile (phone)
Assalamualaikum...

First time buat WW.....
Assalamualaikum....

Korang kalau isi minyak kereta isi penuh ataupun over penuh ataupun tak penuh? Penuh maksudnya bila picu pam tu automatik stop. Over penuh bila picu dah stop tapi still tekan sikit2 sampai betul2 penuh. Aku over penuh tak pernah buat sendiri, pam attendant yang tolong buatkan. Dulu kakak aku over load tekan picu pam sampai melimpah minyak, trauma jugak la kelam kabut cari air nak cuci kesan minyak.

Ada pendapat yang kata isi over full tak elok, ada yang cakap elok. Mana satu nak follow tak tahu la. Tapi dari pengamatan aku, bila isi over load meter minyak macam lambat sikit nak deteck dan naik selepas isi tu. Mungkin dia pening kot nak membaca bahawa minyak penuh, terlampau penuh. Tapi kalau ngam2 penuh tu, cepat je dia deteck dan naik. Tapi cepatlah jugak minyak turun dan habis, tu yang tak syok.

Untuk yang pemalas macam kakak aku tu, memang suka la isi over penuh supaya tak perlu ke station minyak selalu. Kalau viva kakak aku tu, lepas auto picu pam stop, boleh la sumbat dalam RM4-6 lagi ke lebih. Dulu aku selalu marah pam attendant bila dia nak over isi sebab takut ada effect overload, tapi sekarang lantaklah.

Dulu sebelum harga minyak naik, kalau lampu dah kelip2 tu, isi RM50 pun boleh melimpah tangki (pengalaman overload minyak kat Petronas dulu). Tapi sekarang, jangan haraplah nak penuh tangki kalau RM50 tinggal 1 bar pun.

So apa pendapat korang berkenaan isi over penuh ada effect ke tak sebenarnya.

Aku: Haha lantaklah effect ke tak effect bukan kereta aku pun (gaya kejahatan terserlah). Erm.... Kurang merayap ke blog orang, agak sibuk.
Assalamualaikum....

Sekarang ni macam-macam kes yang menggugat keamanan hidup kita. Kes ragut la, samun la, bunuh orang la, buang bayi la dan macam-macam lagi kes yang lain. Nak salahkan penjenayah, memang sah-sah dia tu penjenayah dan bersalah. Kadang-kadang diri sendiri yang menyebabkan diri menjadi mangsa jenayah.

Mana taknya, pakai gelang tangan sampai ke siku. Rantai pulak bergayut-gayut kat leher tu. Dengan gelang kaki lagi. Mahu tak geram penjenayah tengok. Yang haru pulak tu rupa2nya barang-barang kemas tu bukan emas tulen pun, saja je nak menunjuk-nunjuk sekadar aksesori aje.

Tu kat diri sendiri, ada ibu bapa yang ada anak perempuan tu, kecik2 lagi dah dipakaikan segala barang kemas. Kadang2 lengkap satu set. Kalau nak pakaikan anak-anak dengan barang kemas boleh, tapi pastikan anak anda bersama anda 24jam. Kalau tak, ada je la nanti insan yang mengambil kesempatan ke atas budak2 tu dengan mengambil barang2 kemas yang dipakai.

Dah hilang mulalah gelabah, cakap orang tu inilah, itulah. Padahal salah sendiri jugak, kenapa nak pakaikan barang kemas kat anak-anak yang masih kecil? Kenapa tinggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai? Sedar sikit manusia ni bukan semua boleh dipercayai dan berniat baik.

So aku rasa budak kecil tak perlulah memakai barang kemas. Bukan budak kecil, orang dewasa pun berpada-padalah bila memakai barang kemas yang terdiri daripada emas tu ataupun nampak macam emas.

Aku: Buat masa sekarang tak berminat sangat dengan barang-barang kemas daripada emas.
Assalamualaikum...

Hari tu dah bagi tips menurunkan berat. Tapi kenapa berat perlu diturunkan ye? Menurut KKM, individu boleh mendapat faedah dengan mengurangkan berat badan. Antaranya ialah:
  • Mengurangkan 10mmHg tekanan darah sistolik dan 20mmHg tekanan darah diastollik pengidap hipertensi.
  • Mengurangkan 10% kandungan kolestrol darah, 15% kolestrol-LDL dan meningkatkan 8% kolestrol-HDL.
  • Mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetis.
  • Mengurangkan 59% risiko untuk mendapat penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang), jika 2 kg/m2 atau lebih Indeks Jisim Tubuh dapat dikurangkan.
  • Mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti sebanyak 40-50%.
Sumber: KKM

Aku: Orang kurus pun berpenyakit gak.
Assalamualaikum....

Hari tu publish entry pasal soya merosakkan fungsi tiroid, kali ni soya rosakkan kulit bayi pulak dah. Ni apa kes ni.

Sebenarnya ada la seseorang yang mengadu dia minum soya masa preggy sebab nak baby dia kulit putih, halus, mulus dan gebu. Putih memang la putih (dah dia laki bini memang putih pun) tapi kulit baby cepat terjejas. Jadi macam menggelupas, melecet dan merah2 sebab kulit terlalu halus, mulus dan gebu. Panas sikit je merah, meggelupas, melecet. Sensitif gile kulit baby tu jadinya.

So pregnant next tu dia bertekad tak amalkan minum soya dah. Baby yang keluar tetap putih dan gebu. Dan yang penting kulit tak sensitif macam baby soya yang terdahulu tu.

Nasihat dia kat kawan-kawan, 'korang janganlah terlebih consume soya masa mengandung, nanti anak keluar jadi sensitif aje kulit'.

Aku: Angguk je la, dalam hati; hey den kahwin pun belum.

Entry lain yang berkaitan:
Kesan Soya terhadap Fungsi Tiroid
Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah masuk tahun baru....mesti ada yang dah buat azam baru untuk tahun baru ni kan. Tahun baru je mesti azam baru, tapi azam yang lama tu dah tertunai ke?

Kalau orang tanya apa azam tahun baru aku, mesti aku terkebil-kebil sebentar sebab tak buat apa-apa azam pun tahun ni. Mungkin sebab azam tahun lepas masih belum terlaksana maka tahun ni berusaha mengusahakan agar tercapailah segala azam yang telah dibuat.

Kenapa mesti buat azam? Kalau tak buat tak boleh ke? Pendapat aku tu terpulang kat diri masing2. Tapi dengan azam tu kita ada hala tuju dalam kehidupan kita. Ada ke buat azam yang tak elok? Mesti ada tapi selalunya azam ni haruslah penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Fikir-fikirkanlah ye...... Salam Maal Hijrah untuk semua.

Aku: Biarlah rahsia apa azam tersebut yang masih belum selesai.:)
Assalamualaikum....

Ada antara kawan-kawan yang dalam dilema untuk memilih GSTT ataupun kerjaya yang sedang mereka lakukan sekarang. Di kalangan mereka ada yang berminat untuk menjadi seorang guru setelah bertahun-tahun mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

Tetapi sejak tahun 2011, tahun ni la GSTT ada yang tidak dipanggil semula untuk mengajar ataupun lambat dipanggil mengajar. Dalam tempoh tersebut ada yang berjaya mendapatkan  pekerjaan lain sehingga berstatus tetap dan gaji yang agak lumayan.

Tetapi beberapa bulan lepas pihak kementerian pendidikan mengeluarkan kenyataan bahawa GSTT akan diserap secara berperingkat dan surat panggilan dikeluarkan kepada yang layak. Tetapi yang menjadi dilemanya walaupun kemungkinan diserap tu 50-50 aje.

Kalau dilepaskan peluang mungkin takkan dapat peluang yang sama dan mungkin akan menyesal bila tengok ada yang diserap. Tetapi bila terima tawaran GSTT CFR, tiba-tiba takde peruntukan untuk serap, menyesal jugak sebab melepaskan jawatan yang disandang sekarang. Dilema betul tu.

Aku harap mereka berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Memang sukar nak memilih sebenarnya tetapi pilihan harus dibuat, cuma ke depan hari tak boleh menyesal dengan keputusan tersebut. Tenangkan hati, buat istikharah dan dapatkan nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Aku: Membuat pilihan boleh menjadi senang. Tetapi kesan pilihan itu mungkin menyukarkan.
Assalamualaikum....

Sebagai seorang ibu atau bapa, mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh nak keselamatan anak-anak terjamin dan anak-anak membesar dalam environment yang positif. Untuk ibu yang berkerjaya, nak tak nak terpaksa meninggalkan anak dengan pengasuh atau mengahantar ke taska.

Tetapi sejauh manakah keselamatan anak anda terjamin jika dihantar ke taska? Sedikit tips bagaimana memilih taska yang sesuai untuk anak, antara kriteria yang perlu diambil tahu berkaitan taska:

  • Pilih taska yang berdaftar dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pastikan Sijil Perakuan Pendaftaran asal dipamerkan di TASKA.
  • Pengasuh adalah warganegara Malaysia.
  • Pengasuh-pengasuh telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak.
  • Nisbah pengasuh kepada kanak-kanak adalah:
            0-1tahun=1-3
            1-3tahun=1-5
            3-4tahun=1-10
  • Aktiviti di TASKA merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak di TASKA.
  • Buaian tidak digunakan untuk menidurkan kanak-kanak di TASKA.
  • Persekitaran TASKA adalah sesuai, bersih dan selamat untuk kanak-kanak.
Sumber:KKM

Aku: Bahaya ada dimana-mana, tetapi kita sebagai manusia haruslah berusaha seboleh mungkin menghindar bahaya tersebut.
Assalamualaikum....

Anyone nak kurangkan berat? Berikut adalah tips atau garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya berat badan turun dengan cara yang selamat:
  • Kurangkan berat badan secara perlahan.
  • Kurangkan berat badan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.
  • Makan ikut keperluan.
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Lebih sayur, ulam dan buah.
  • Gantikan minuman manis dengan air kosong.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal harian.
  • Bersenam satu jam setiap hari.
  • Jangan gunakan ubat untuk menurunkan berat badan tanpa nasihat doktor.
Sumber: KKM

Aku: Tak pernah jumpa tips KKM untuk cara menaikkan berat. Ada ke tak gamaknya. Mungkin ada tapi pamplet tak pernah jumpa pun.
Assalamualaikum....

Ada tak antara korang yang pernah dengar orang cakap, "saudara anjing rupanya". Chop jangan salah faham, saudara anjing ni sebenarnya salah satu peribahasa yang jarang orang guna. Bukan saudara mara kepada anjing-anjing tu taw. Jadi apa sebenarnya maksud saudara anjing ni?

Aku nak share la apa yang aku tahu, mak aku ni kira orang lama gak. So dia selalu la guna bahasa yang lama-lama juga kadang2 tu. Berbalik kepada perkataan saudara anjing ni, bunyinya agak kasar sedikit, maklumlah orang kita ni kalau sebut anjing je dah mula fikir nak kena samak la, anjing tu haramlah. Erm masing2 punya pemikirankan.

Tapi dalam peribahasa "saudara anjing" ianya membawa maksud , adik beradik satu ibu tetapi berlainan bapa. Contoh la mak kita berkahwin lain selepas ayah kita meninggal. Dengan suami baru, mak kita melahirkan dua orang anak iaitu adik kepada kitalah. Dua orang adik kita tu dengan kita satu mak tapi berlainan bapa dan orang-orang dulu istilahkan sebagai 'saudara anjing'.

Kalau tanya aku kenapa macam tu? Aku sendiri pun tak tahu, kena soal selidik orang2 tua zaman dulu la asal usul kenapa wujud perkataan macam tu.

Aku: Bahasa lama ni penuh dengan maksud tersirat.
Assalamualaikum...

Berat badan ni kadang-kala menjadi satu isu. Yang kurus nak gemuk cikit, yang gemuk nak kurus. Yang maintain tu duduk diam2 sudah. Tapi yang tak berapa cukup berat nak tambah berat apa salahnya kan... Layan ye la alasan nape nak naikkan berat ni:
  • Boleh apply kerja beruniform. Biasa la kalau nak minta kerja dengan unit beruniform ni berat dan tinggi kena la seimbang. Selalu berat bawah 45kg tu mesti kena rejek awal-awal.

  • Tak nak dipanggil cicak kubing, sekeping macam papan lapis dan sama waktu denganya. Jahat mulut sesetengah manusia tu, melabelkan orang yang kurus seperti itu. Aku pun termasuk dalam manusia bermulut jahat tu kadang2...wahaha

  • Boleh pinjam baju orang lain yang lebih besar. Bila nak pinjam baju yang cantik tak boleh sebab terlalu longgar. Sudahnya berputih mata aje la. Huhuu. So pasni tak berputih mata dah le. Ye kot.

  • Chubby itu menggoda...Wek muntah aku. Ek ni tak semestinya la, kalau chubby tapi badan straight pun apa kes jugak ye dak.

  • Boleh merempit dengan happynya. Tak semua orang tak selesa sebenarnya, tapi ada dikalangan orang yang tak selesa nak merempit sebab terasa melayang je. Haha betol melayang2 merempit. Fuh tak bestnya.

  • Gagah membuat kerja2 yang memerlukan kudrat. Gagah la sangat... Hahaa. Tapi at least takde la lebam2 badan, berbirat2 tangan dek kesan membawa beg or benda yang berat. Tapi yang penting gigih kot dari gagah.
Aku: Bersyukur dengan ciptaanNya.... Kalau semua tinggi dan cukup berat lagi sengit persaingan nak kerja unit beruniformkan. Ada sebab kenapa Allah SWT ciptakan setiap orang itu unik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative