Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kebetulan cuti pada bulan Disember 2016 yang lalu untuk menyelesaikan urusan peribadi kat bandaraya. Dah nampak Bank Negara Malaysia menapak la pulak dari LRT ke BNM. Peluh ketiak boleh tahan jauh jugak kalau berjalan dari LRT Bandaraya tu menuju mesin CCRIS. Time tu lak panas teramat.

Tujuan utama nak semak CCRIS la apa lagi. Sebelum tu pernahlah tengok laporan kredit kawan punya tapi tak faham pun. Hahaa

So kat bawah ni aku share la kepada sape-sape yang wondering camne ke laporan kredit BNM aka CCRIS tu------------------>

laporan kredit CCRIS BNM
Kalau tak nampak silalah klik untuk besarkan...Kalau tak nampak gak tak dapek la nak nolong
Sebenarnya aku tak faham sangat pun bila tengok laporan kredit tu. So rajin pulak pi tanya kat pegawai kaunter BNM tu. Menurut dia aku ada outstanding balance lagi tiga bulan tak bayar untuk PTPTN sebab tu la ada amaun 3 (tiga) kat bulan November tu. Memang pun sebab gaji potong automatik bulan Oktober terus aku lalala tak selesaikan outstanding tu.

Next entry cite pasal bayar outstanding tu pulak ye.. Sekian la perkongsian status CCRIS PTPTN aku. Kalau sape nak semak bolehlah ke BNM ye tapi waktu office hours la dan mudah je semakan dan cetakan menerusi mesin dia je. So jangan terlupa Kad Pengenalan ye. Dia lebih kurang macam korang semak penyata KWSP tu... Ha gitu.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sepatutnya entry ni tahun lepas punya entry. Tapi tuan tanahkan terlebih rajin. Makanya banyaklah perkongsian yang akan back dated. Menulis untuk diri sendiri takpe la kot syok sendiri. Ni isu PTPTN yang automatik potong gaji aku.

Bulan Oktober 2016 yang lepas tengok duit masuk dalam bank berkurangan. So semak slip gaji bulan Oktober 2016 tu.....tara PTPTN dah memotongkan dirinya. Eh boleh pulakkan? Sebab sebelum tu pegawai PTPTN yang aku jumpa tu cakap untuk potongan gaji kena clearkan outstanding balance dulu. Tapi ni outstanding balance tak clear lagi boleh pulak ye sistem dia buat potongan gaji tanpa pengetahuan aku. Automatik okay....

Sebenarnya tak kisahpun sebab memang sooner or later nak buat potongan gaji gak sebab tu gigih bayar outstanding balanced yang bertukun tu. Sanggup tak breakfast weh. Untuk lunch siap bawak bekal lagi sebab gigih nak bayar hutang. Walaupun rasa macam down nak bayar sebab bunga-bunga cinta saje je pun bertahun nak habis bayar, principal tak usik lagi tu.

Setiap kali check penyata rasa macam kenapa tak bergerak je PTPTN aku ni.Pastu mulalah fikir kenapalah aku tak masuk kolej swasta je dan amek loan MARA... Macam kawan aku, hutang RM30,000.00 tapi sebab pointer 3 ke atas bayar RM6,000.00. Takde bunga siap dapat diskaun lagi. Tapi bila fikir lagi.....eh rezeki masing-masing la. Benda dah lepas hadap je.

Part penting lepas ni tak perlu fikir pasal nak bayar PTPTN dah sebab dah automatik potong gaji. Cuma slip gaji la tak cantik ada potongan PTPTN kat situ. Tapi takpe la yang penting sekarang tak perlu fikir cuma perkiraan tu kena buat gak la. Sebab bila tanya pegawai PTPTN camne perkiraan tu depa pun tak boleh jawab, jawapan depa sistem yang kira (pegawai yang aku jumpa la). Dah kalau sistem salah kira camne? Sebab aku pun bekerja dengan sistem kewangan, sistem pun tak selalunya betul.

PTPTN korang camne? Automatik potong gaji gak ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative