Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba yang terbaik untuk tidak menyusahkan sahabat sendiri. Selagi boleh elak dan selesaikan sendiri, akanku cuba tidak menyusahkan orang lain.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk menerima seadanya sahabat aku. Keburukan dia, kelemahan dia. Tapi aku juga manusia biasa, kadang-kadang mulut yang takde insurans ni lazer je mengeluarkan ayat sinis.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk membetulkan kesalahan serta kesilapan yang sahabat lakukan dengan sengaja atau tanpa sengaja. Namun kadang-kadang aku akui aku tidak cukup bertegas dan terlalu ingin menjaga hati dan perasaan sahabat agar tidak terguris.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk tidak membebankan diri sahabat dengan masalah diri. Walaupun kadang-kadang perasaan membuak-buak ingin berkongsi segalan derita di hati, tapi ku biarkan perasaan itu surut sendiri. Kecuali jika perasaan itu tidak terbendung lagi, maaf sahabat kau terpaksa menjadi pendengar dan penasihat aku.

Sebagai  seorang sahabat aku akan berkongsi segala kegembiraan dan kesenangan yang aku miliki. Aku ingin lihat sahabat aku turut gembira.

Sebagai  seorang sahabat aku akan menjadi seorang pendengar kepada suka dan duka mereka. Aku akan bertindak sebagai penasihat yang terbaik, bukan sebagai seorang batu api yang memusnahkan sahabatnya sendiri.

Sahabat...aku ingin kau tahu, jauh di sudut hati aku sangat berbangga dengan kejayaan kalian walaupun kau dan aku jauh bezanya. Tiada rasa iri yang negatif atas semua kejayaan kau sahabat, malah aku turut bangga.

Sahabat...aku ingin kau tahu, aku turut bersedih di kala kau bersedih. Seikhlas hati, aku lebih rela jika aku yang berada di tempat kalian menggantikan kalian untuk kesedihan tersebut. Biarlah aku susah, aku sedih tapi kawan-kawan aku gembira.

Sahabat...nilai persahabatan kita amat besar bagi aku. Segala kenangan bersama walaupun sudah lama berlalu, sentiasa mekar di hati. Seolah-olah baru semalam kita berkenalan.

Sahabat...walau nilai persahabatan kita amat bererti buat diriku, namun jika perkara yang kau lakukan turut menjebak diri sahabat kau, aku akan mengundur diri.

Pengorbanan aku sebagai seorang sahabat, biarlah bermakna.
Erti persahabatan bagi setiap orang tak sama. Macam-macam kefahaman, macam-macam maksud. Semua tu subjektif. Walaupun kau dan aku berbeza pandangan mengenai persahabatan, aku menerima pandangan seorang sahabat dengan hati terbuka selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan. Kerana aku sayang kau sahabat. 

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics