Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nak berkongsi dengan yang tak tahu lagi, kalau dah tahu pergi main jauh-jauh ye. Nak berkongsi cara dapatkan balik maklumat fail, folder, gambar dan apa sahaja yang dah didelete daripada komputer secara kekal. Ayat senang cara dapatkan semula permanently deleted folder daripada komputer. Sebab hari tu aku tak sengaja terdelete fail penting. Delete pulak tu bukan masuk Recycle Bin, so memang sah-sah tak boleh recover kat Recycle Bin.

Untuk pengetahuan bersama, kalau tekan delete biasa tu fail yang didelete akan masuk ke Recycle Bin (kebanyakan komputer macam tu, tapi sebenarnya boleh setting). Tapi kalau tak nak fail tu masuk Recycle Bin  korang boleh tekan shift + delete kat keyboard. Fail tu takkan masuk kat Recycle Bin dah. Aku jenis manusia yang suka tekan shift+delete terus.

Dan untuk pengetahuan bersama lagi, fail yang didelete takkan terus terdelete daripada komputer. Kecuali la kalau banyak sangat korang delete, kalau space untuk simpan memory fail yang didelete tu full memang la akan diganti dengan fail terbaru yang didelete. Ataupun untuk tempoh masa terlalu lama baru korang nak recover balik fail tu, mungkin dah tak dapat diselamatkan. Tempoh masa tu aku pun tak pasti berapa lama sebab aku bukan budak komputer. Hahaa mungkin ada yang tahu boleh tinggalkan komen nanti.

Cara nak recover fail tu senang je, korang download je software yang berkaitan. Banyak software yang ada untuk korang pilih. Macam aku, aku guna Pandora Recovery. Taip je kat google search Pandora Recovery, aku pilih softpedia sebagai medium untuk download. Lepas tu setup la dalam komputer/laptop masing-masing.

Dengan software ni korang boleh dapatkan semula apa sahaja fail penting yang tak sengaja terdelete bukan kat hard disk je, tapi kalau terdelete daripada pen drive, usb flash pun boleh. Tapi ada juga yang komen sesetengah fail tu jadi corrupted. Tak tahu la yang jadi macam tu tapi aku punya oke je dia recover setakat ni.

Masa recover tu seeloknya pilih la save kat hard disk lain daripada asal fail tu. Macam aku terdelete fail yang aku save kat D. Masa recovery proses tu aku pilih C. Dah recover baru pindah ke D semula.

Senangkan? Jangan susah hati dah ye kalau terdelete fail lepas ni..Chill...

******************
p/s: Dah tak boleh online blog tiap-tiap hari sekarang ni. Sekali online kena pulun la. Sorry sangat-sangat.;(

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative