Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari ni nak refresh semula camne aku letak iklan Nuffnang bawah entry. Alang2 Nini dari Nens Collection bertanya cara letak iklan tu, buatlah tutorial. Sebenarnya dah ingat2 lupa. So memang patut sangat la buat tutorial supaya diri aku sendiri tak lupa terus nanti. Sebagai rujukan sendiri gak nanti.

Oke la mula2 pergi la website Nuffnang, dapatkan kod html untuk iklan nuffnang korang. Untuk Nuffnang berwajah baru ni, nak dapatkan kod dia pegi kat Manage Blogs, pastu klik MANAGE MY BLOGS. Ikut step macam dalam picture kat bawah.

1)klik large rectangle
2)copy kod dalam petak untuk letak kat html blog

Next step nak tepek iklan dalam blog pulak.
1)pergi ke template
2) PERHATIAN:Sila backup dulu template, klik kat Download full template. Ini sebagai langkah berjaga2 kalau tak sengaja tersave template yang error.
3)Klik Edit HTML, kuar kotak klik je Proceed
1) Tick expand widget templates
2) Tekan F3 / CTRL+F  kemudian paste kod ni  <data:post.body/> untuk mudah cari dalam kotak
2)Paste kod Nuffnang kat bawah  <data:post.body/>
4)Pastikan preview dulu.
5)Kalau semua dah okey, save template, kalau error clear edits
ni contoh hasil daripada preview
kalau tak jumpa kod <data:post.body/> boleh try cari kod ni, post-footer-line-1
cuma kali ni kod nuffnang paste atas post-footer-line-1
Kedudukan iklan tu mestilah tak sama, yang ni bawah linkwithin, yang atas tadi atas linkwithin.
Tips: boleh try error letak kod nuffnang supaya menepati kedudukan yang kita nak, tapi make sure tak de error masa preview tu baru saved.

***********************

Entry ni berdasarkan kefahaman aku, setiap step pun ikut apa yang aku faham. Orang lain mungkin ada cara sendiri. Apapun harap ianya membantu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative