Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lesen memandu pun ada kelas jugak, bukan amek satu kelas je boleh bawak semua jenis kenderaan. Ala benda alah kelas lesen memandu ni kat belakang lesen kita tu pun ada. Saje je nak share kat sini jugak...

Kelas-kelas lesen memandu:-

  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Aku ada lesen B2 dengan D je. Masa sekolah dulu, suka tengok Erra Fazira naik motor berkuasa tinggi. Tapi bila amek lesen B2 baru sedar aku ni pendek, bawak motor B2 tu pun dah jenuh. Memang la motor yang bawak kita tapi sampai lebam kaki aku bawak motor. Huhuu. Tak kesampaian le impian nan satu tu.
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative