Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Saiz kaki setiap orang berbeza-beza. Kat entry---->You pegi tengok sana la pun aku dah pernah membebel pasal kesukaran cari kasut bertutup. Orang selalu cakap untunglah kaki saiz kecik, senang nak buat pilihan. Alhamdulillah memang senang dan banyak kasut sandal yang lawa2 boleh dijadikan pilihan. Heels pun banyak pilihan yang lawa (aku tak suka pakai heels).

Cuma satu je yang agak sukar, sama sukar dengan orang berkaki lebar. Mencari kasut bertutup yang formal  bersaiz 4 memang agak sukar. Saiz 4 bersamaan dengan saiz 35. Tension setiap kali kasut yang berkenan di hati asyik takde stok ataupun memang tak wujud saiz 4. Kebanyakan kasut dikeluarkan saiz 5 ke atas.

Bila try je celus dan takde saiz. Susahnya la nak dapatkan sepasang kasut bertutup yang aku berkenan. Kehabisan stok saja, tak pun memang takde saiz.

Sampai satu tahap boleh fikir camni, beli je la saiz 5 pun. Nanti sumbat je la tisu kat dalam kasut tu. Tapi mesti rasa tak selesa punyalah kalau buat macam tu.

Jenuh nak cari kasut bertutup yang formal. Habis semua kedai dijelajah tapi takde saiz. Masuk kedai Bata pun stok saiz 4 yang aku berkenan semua dah habis. Ada la dua design yang ada saiz 4 tapi nampak macam kasut budak sekolah je. Aku bukan bukan sekolah dah nak beli kasut camtu. Terpaksa pergi jauh sikit daripada tempat tinggal dan cari kedai bata lain, last stok sepasang kasut bertutup jenama Bata bersaiz 4.

Sempat sembang dengan jurujual tu, menurut dia saiz 4 limited stok. Lagi satu, tak semua design kasut Bata dikeluarkan saiz 4. Owh ye ke macam tu, huhuu termasuklah kasut yang aku berkenan mula2 tu, memang tak wujud saiz 4 rupanya. Tapi kasut tu memang lawa dan nampak trendy sikit. Ada saiz 5 paling kecik.;(

Ni la kasut formal yang last stock tu. Skema je kan, dah tak de pilihan beli je la. Tu pun kira bertuah la ada jugak. Alhamduillah...

*********************
Kaki kecik, badan besar tak balance. Kena pastikan badan pun kecik. Alasan.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics