Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

daun bidara
Kat mana nak dapat daun/pokok bidara? Daun bidara, sebelum ni pernah dengar tapi tak ambil peduli pun. Kalau kat kampung selalu dengar orang kata daun bidara ni buat mandi mayat. Pernah la tengok orang bawa tapi takde la nak belek2 ke apa. Dan baru tahu daun bidara ni antara bahan penting dalam perubatan Islam.

Mak aih jenuh nak cari daun bidara ni kalau bukan kat kampung. Ustaz pesan nak cari daun bidara cuba cari kat masjid. Larat nak pergi semua masjid? Rupa daun bidara pun tak tahu, apatah lagi pokok dia. Bila tanya mr google, rupanya bidara ada jenisnya. Dan ada yang panggil pokok mata kucing sebagai bidara. Owh lagi konpius.

Usha juga anak pokok bidara kat nursery. Kalau yang jenis daun panjang tu, depa jual RM16 sepokok. Tapi bukan bidara untuk perubatan kot sebab takde duri. Yang daun dia kecik sikit tu RM25 sepokok, jenis yang dicari. Tapi dua2 kat nursery yang berbeza la. Kalau boleh nak yang daun kecik tu la.

Sape2 yang cari daun bidara tu sekitar Kuala Lumpur-Selangor dan kawasan sewaktu dengannya boleh dapatkan kat:
  • Kat Darussalam Gombak, dekat balai polis Gombak menurut sumber. Menurut sumber(ustaz) tu, pokok bidara tu kira wakaf, sape2 nak ambil pun boleh.
  • Kat Darussyifa, Bangi. Tak pasti boleh dapat free atau pun kena beli. Ada yang cakap dia jual sebungkus RM1. Tapi tak pasti le. Boleh  col tanya darussyifa la kot.
  • Cuba tanya kat masjid2 kot ada pokok tu. Masjid Semenyih ada, masjid UPM pun ada, dengar2 masjid kat bangsar pun ada pokok bidara.
Aku dok bayangkan pokok bidara ni rendang, tak tinggi. Sekali hambik kau yang kat masjid tu pokok tinggi. Best untuk dipanjat, nak gantung buai laju2 pun sesuai. Tapi agak2 la pompuan nak panjat walaupun skill memanjat tu ada.

So amek je la guna kayu yang ada kat situ. Dapat la jugak secukupnya. Sebelum tu dah pergi ke pejabat masjid, minta izin untuk amek. Ye la walaupun kat kawasan masjid, sape2 boleh amek tapi rasa macam lebih afdal kalau minta izin dan bagitahu kepada pihak berkenaan. Sedekah la sikit kat tabung masjid tu kalau rasa nak bagi la.

Ranting dia berduri macam pokok ros. Buah dia pun ada, kecik2 je. Tak amek la sebab tinggi sangat. Tengok live depan mata pokok bidara, owh pokok yang selalu jumpa kat semak samun kat kampung tu rupanya. Adeh susah2 je....
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics