Assalamualaikum dan 1Malaysia...

Petang semalam berkesempatan menjenguk kedai kain rakyat 1 Malaysia kat Hulu Langat. Tak pernah2 lagi sampai area belah sana, kira first time la semalam. Tu pun follow abang ipar, hee takde la kesesatan bila follow.

Boleh tahan juga jalan kat sana, agak sibuk. Masa sampai kedai tu dah dekat pukul 5 petang, sebab sebelum tu singgah rumah kawan kakak. Tak banyak picture sebab segan nak snap beria orang ramai.

Kat bahagian bawah kedai, ada jual kain pasang, tudung, baju kurung, sejadah, kemeja lelaki, etc
Kaunter bayaran tingkat bawah. Masa ni lengang lagi kaunter bayaran.
Kemeja lelaki ..
Tangga naik ke tingkat atas...
Bahagian atas, ada jual kain untuk buat langsir. Banyak juga pilihan yang ada . Pilihlah mana yang berkenan. Kualiti aku tak tahu sebab aku tak pernah beli kain langsir pun...
Apa nama dia? Untuk ikat langsir tu la...;p
Ni pun kain langsir...banyak pilihan..pilih mak cik jangan tak pilih...
Bahagian atas pun ada baju kurung siap dan kain pasang, ada baju melayu. Baju kurung harga dia serendah RM25 sepasang. Belakang sekali tu kain Lycra ye. Sape yang nak buat tudung sendiri tu boleh la beli.
Kain pasang dan baju melayu.
Ada fitting room dan surau. Tak sure customer boleh tumpang solat or  untuk staff je surau tu.
Time ni pukul 5.40, dia da tarik grill nak tutup dah la. Tak sure pukul bape tutup.
Staff kedai ni ramai sangatlah. Mungkin sebab customer memang ramai kot tiap2 hari so tak menang tangan la kalau staff sikit. Tapi kaunter bayaran tak banyak le pulak, kena beratur panjang gak masa nak membayar (peak hour).

Saiz baju kurung siap, agak besar juga saiz dia daripada biasa dok beli. Kalau selalu amek saiz M aku rasa saiz S pun muat. Saiz paling kecik SS. Kualiti...pada pendapat aku sepadan la dengan harga. Nak kualiti yang okey belilah yang mahal sikit.

Apa yang kurang puas ati, staff sendiri yang banyak beli barang. So kaunter bayaran macam dikonker oleh diaorang. Dah la masa tu peak hour customer nak buat pembayaran sebab kedai dah nak tutup. So muka pun kelat je la dok beratur, puasa2 jangan mengeluh. Huhuu

Lokasi Kedai kain rakyat 1Malaysia ni kat Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

****************
Tak sempat nak BW, ni pun kat luar. Insyaallah nanti BW. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics