Assalamualaikum...

Hari ni masa untuk bereksperimen. First time subscribe daily internet prepaid. RM5/24hours. Memang nak guna bil semula tapi belum ada masa nak register dan yang paling penting masih berfikir nak guna khidmat internet provider yang mana satu dan pakej apa yang sesuai.

Memang kalau ikut hati nak je amek unifi terus, tapi tak boleh nak mobile lak dah. Bagi yang nomad macam aku ni, tak berbaloi pulak nanti.

So dok usha la antara Digi, Celcom dengan Maxis. Tengok pengalaman kakak aku guna Maxis, bila dah cukup quota langsung tak boleh online. Macam kejam sangat je. Tapi kelajuan dia uncapped tu. Berpinar mata nengok.

Celcom aku sendiri berpengalaman, banyak duka jugaklah, rasa macam nak curang je. Cumanya kalau dah sampai limit tu masih boleh online walaupun ala2 siput sedut tak cukup makan. hehee

Digi....sape yang guna digi tu bagi la komen. Okey ke tak? Kalau dah cukup quota jadi macam maxis ke? Ke sedikit baik hati macam celcom yang throttled kelajuan je.

P1 Wimax pun ada broadband punyakan.... Susahnya nak decide...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics