Assalamualaikum..

Cantik dan indah bagaikan sinar sang suria yang menyinar. Unsur  yang istimewa ini pasti tidak dapat dipisahkan dengan alam semesta. Mizz Aiza ingin berkongsi sedikit info mengenai anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini.

Tahukah anda cahaya putih matahari terdiri daripada 7 warna asas iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, biru nila (indigo) dan ungu. Percampuran ketujuh-tujuh warna ini menghasilkan cahaya putih. Pemecahan cahaya putih akan menjadi spektrum (jalur warna). Spektrum semulajadi di alam semesta ialah pelangi yang terjadi selepas hujan. 


Semestinya semua makhluk bergantung hidup kepada sumber cahaya matahari. Mizz Aiza ingin kongsikan beberapa manfaat cahaya matahari:
  1. Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses membuat makanan sendiri (fotosintesis). 
  2. Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D yang menyihatkan kulit manusia.
  3. Kedudukan matahari digunakan bagi penentuan waktu solat 5 waktu. 
  4. Cahaya matahari merupakan agen semulajadi membunuh kuman dan bakteria. 
  5. Inovasi penggunaan cahaya matahari melalui tenaga solar yang dikumpul dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik. 
  6. Kewujudan cahaya matahari membantu putaran air dan udara
  7. Sejak sekian lama cahaya matahari bermanfaat untuk mengeringkan pakaian dan hasil makanan kering (seperti ikan dan buah). 
Sama-samalah kita menghargai anugerah ini agar ianya terus kekal untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang. Wallahua'lam.. 

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative