Assalamualaikum....

Ahad hari tu jumpa kawan masa belajar dulu. Cerita punya cerita terkeluar cerita hari tu ada orang terlanggar kereta kakak aku tu sampai kemek la tepi kereta tu. Kawan tu tanya berapa ko mintak kos ganti rugi. Aku jawab tak minta apapun.

Ye la sebenarnya aku dan kakak aku fail bab2 macam tu. Memang tak reti weh nak meletak2 harga kat orang ni dan punya baik hati mengamalkan konsep halal berhalal je la. Kawan aku tu cakap, 'Apasal ko tak minta sikit kos ganti rugi. Mahal weh nak ketuk balik pun walaupun sikit'.

Jawapan aku, kitaorang memang tak tahu pasal menda macam ni. Lagipun time tu malam, nampak macam tak berapa nak kemek pun. Patutlah encik tu macam bersyukur sangat bila kitaorang cakap tak pe la. Dia siap cakap, 'Takpe la ye. Ada rezeki kat lain nanti'.

Tak pe la benda dah lepas, semoga masin mulut encik tu ada la rezeki kat lain nanti.

info: ketika kejadian aku berada dalam kereta menunggu kakak dan mak solat kat surau petronas. bila masa encik tu reverse pun tak tahu. yang aku tahu aku menjerit sebab aku sangat terkejut bila rasa kereta bergoyang2, dah la side belah aku lak tu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics