30 May 2012

Wordless Wednesday: Cari Rezeki


28 May 2012

Sumber Potassium

Assalamualaikum....

Potassium merupakan bahan mineral yang sangat penting untuk fungsi semua sel-sel, tisu dan organ-organ di dalam tubuh manusia. Apa yang aku tahu kekurangan potassium boleh menyebabkan muscle badan menjadi lemah.

Daripada pengalaman orang terdekat yang mengalami kekurangan potassium, memang kaki seolah2 lumpuh dan tak mampu berdiri apatah lagi berjalan. Puncanya menurut doktor disebabkan penggunaan in healer untuk penyakit asma/lelah yang menyebabkan tahap potassium menurun. Macam kekurangan mineral dalam badan la kot. Hee aku bukan dalam bidang medic so ada term yang aku memang tak berapa nak faham.

So nasihat doktor gantikan potassium yang hilang tu dengan memakan makanan yang kaya dengan potassium. Antara makanan yang dicadangkan ialah pisang dan betik. Hari2 makan pisang mahu bosan kot.

So aku google la untuk mengetahui apa lagi sumber potassium selain pisang dan betik. Antara sumber makanan lain yang kaya dengan potassium termasuklah ubi keledek, jus oren, beet green (tak sure in Malay panggil apa tapi rasanya species salad), kentang, kacang putih, kurma, yogurt, tomato, kismis dan kerangan.

Takde la asyik nak makan pisang je pasni. Bolehlah tukar-tukar menu.

Menunggu

Assalamualaikum...

Antara perkara yang boleh buat kesabaran hilang ialah menunggu. Mood elok pun boleh jadi kelam macam isnin yang biru. Boleh bertahan lagi sebenarnya kalau menunggu dan segalanya berjalan lancar. Tapi bila tiba-tiba ada perkara yang tak smooth, rasa nak melenting je. Perasaan nak marah orang tu amatlah tinggi.

Ditambah pula dengan kepenatan berkejar ke sana ke mari, dicampak ke sana sini orang orang2 tertentu, tak selesai jugak urusan. Lepas tu kebuluran sebab menunggu terlalu lama lagi, tiba-tiba orang yang baru datang masuk dulu, lagilah berapi perasaan marah tu.

Selalu bila dah marah memang susah sangatlah nak senyum, muka masam mencuka. Mulut mulalah takde insurans melepaskan kata-kata yang pedas dan berbisa. Hilang sekejap kewarasan bila bercakap dengan orang, segala yang dicakapkan walaupun masih lembut suara tetapi tetap bernada sinis.

Segala kesalahan pihak tersebut walaupun kecil dan remeh nampak besar dan berat di mata hati. Sungguh tak adil tapi itulah hakikatnya.

Antara tempat yang menyakitkan hati bila terlalu lama menunggu ialah klinik, hospital, pejabat pos, bank, KWSP dan banyak lagilah tempat2 lain. Kalau semua ikut flow tak pe jugak, ni ada yang last came, first serve. Rasa cam nak lempang je. Grrr.

Korang ada pengalaman tak best tak masa menunggu kat mana2 jelah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...